‘Jahat Macam Mana Pun Kena Solat. Perbaiki Solat’- Amira Othman

Share

Menitipkan pesanan buat mereka yang bergelar muslim, penyanyi dan pelakon iaitu Amira Othman telah berkongsi mengenai kepentingan menunaikan solat di laman instagramnya.

Kongsinya, solat itu wajib ditunaikan biarpun jahat macam mana sekalipun diri seseorang individu itu.

Tambah pelakon drama Abang Bomba I Love You itu, kita seharusnya memperbaiki solat kita kerana itulah perkara utama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita? 😭 semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakanlah solat sbb itulah yg akan ditanya nanti😭🥺


_______________________________________________
Beautiful Abaya – @abayalubnaa

Bersetuju dengan nasihat yang diberikan, para peminatnya mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini selain memuji penampilannya yang jelita berjubah yang tidak ubah seperti seorang puteri.

Sebagai informasi, Amira Othman merupakan bintang kelahiran rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia 2013 sebaris bersama Hael Husaini, Nabila Razali dan Indah Ruhaila.

Dia juga telah bergelar Hajjah pada tahun 2019 selepas mengerjakan haji bersama rakan artis, Wany Hasrita.

Published by
QIST