Menitipkan pesanan buat mereka yang bergelar muslim, penyanyi dan pelakon iaitu Amira Othman telah berkongsi mengenai kepentingan menunaikan solat di laman instagramnya.
Kongsinya, solat itu wajib ditunaikan biarpun jahat macam mana sekalipun diri seseorang individu itu.
Tambah pelakon drama Abang Bomba I Love You itu, kita seharusnya memperbaiki solat kita kerana itulah perkara utama yang akan dihisab di akhirat kelak.
Semalam recording for Salamunalaik. Utk ramadhan nanti di Astro Oasis. Topic kesempurnaan solat. Sempurna ke solat kita? 😭 semoga kita sentiasa igt solat ni adalah tiang agama. Buat jahat mcm mana pun kena solat. Perbaiki solat. Sempurnakanlah solat sbb itulah yg akan ditanya nanti😭🥺
_______________________________________________
Beautiful Abaya – @abayalubnaa
Bersetuju dengan nasihat yang diberikan, para peminatnya mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini selain memuji penampilannya yang jelita berjubah yang tidak ubah seperti seorang puteri.
Sebagai informasi, Amira Othman merupakan bintang kelahiran rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia 2013 sebaris bersama Hael Husaini, Nabila Razali dan Indah Ruhaila.
Dia juga telah bergelar Hajjah pada tahun 2019 selepas mengerjakan haji bersama rakan artis, Wany Hasrita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Revalina S Temat AKA ‘Bawang Putih’ Lepas 2 Tahun Berhijrah, Selesa Sarung Busana Longgar & Hijab Labuh
Siapa yang dulunya jadi penonton setia sinetron Bawang Putih Bawang Merah slot tayangan di TV3. Pasti akan mengingati pelakon yang begitu menjiwai watak berkenaan. Selain pelakon Nia Ramadhani yang memegang watak Bawang Merah, watak paling diingati adalah Bawang Putih dilakonkan oleh Revalina S Temat. Itu cerita 15 tahun dulu, sewaktu dirinya masih remaja. Kini penampilan Revalina juga sudah jauh berubah.
Revalina sudah melakukan penghijrahan dengan memakai hijab. Penghijrahan yang dilakukan sejak April 2017 setelah dia pulang dari mengerjakan umrah.
Pelakon yang dulu sinonim dengan panggilan Bawang Putih ini mengakui berhijab bukan mengikut trend sebaliknya sedar pada usia 31 tahun (ketika berhijab) dia mahu mendekatkan diri pada yang Maha Esa.
Ternyata dia tidak menyesal dengan keputusannya untuk berhijab kerana yakin rezekinya makin bertambah setelah berpenampilan sebagai seorang Muslim. Bahkan kerja dilakukannya kini lebih terarah kepada yang memakai hijab.
Malah Penampilannya juga semakin anggun sejak memutuskan untuk kekal berhijab. Jika dilihat OOTD di laman instagramnya, Revalina lebih selesa memilih gaya lebih stailo dengan padanan busana longgar serta layangan hijab bawal yang menutupi mahkotanya.
Kini setelah dua tahun berhijab, penampilannya tetap cantik dan cukup menawan. Biarpun hanya mengenakan hijab bawal atau yang dililit ringkas tetapi tetap menyerlahkan sisi anggun dirinya.
Dia kelihatan cukup bahagia dengan kehidupanya kini sebegai isteri dan ibu. Revalina sebenarnya baru sahaja melahirkan seorang lagi ‘baby boy’ Februari lalu setelah dikurniakan anak lelaki sulung sebelum itu.
OOTD LAIN REVALINA YANG CUKUP SIMPLE TAPI TETAP WOW:
#1. faridaelviyanti Tetep cantik ya…
#2. bhattishahbuddin Nice
#3. ichamerryzulmy Cantik bgt ka temat pke hijab suka liatnya
#4. virnahakim1 Masha Allah…mb Revalina cantik amat
#5. mssechan Km cantik bgt sihhhhh
KREDIT FOTO: INSTAGRAM REVALINA S TEMAT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urus Jenazah Semasa Banjir Satu Kewajipan! Ini 4 Cara Yang Perlu Dilakukan Menurut Ustazah Asma’
Pengurusan jenazah bukanlah suatu perkara baharu. Dalam Islam, pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah dan wajib disempurnakan sebelum jenazah itu dikebumikan. Bahkan dalam anutan lain sekalipun, pengurusan jenazah adalah sebagai penghormatan terakhir bagi orang yang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia.
Semua orang bakal berdepan situasi ini jika ada ahli keluarga, saudara-mara mahupun tetangga yang meninggal dunia. Namun begitu, dalam musim banjir yang sedang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara, situasi pengurusan jenazah ini agak sukar untuk disempurnakan.
Bencana banjir yang melanda beberapa tempat di negara kita baru-baru ini memang meruntun hati pelbagai pihak. Ramai mangsa banjir yang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah kerana bencana alam tersebut. Bukan sahaja diuji dengan kehilangan tempat tinggal dan kerosakan harta benda, malah ada antara mereka yang diuji dengan pemergian insan tersayang.
Ketika berada dalam situasi ini, satu perkara yang sering menjadi tanda tanya adalah bagaimana cara mahu menguruskan jenazah di kawasan yang masih dilanda banjir.
Salah seorang penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun, yang banyak berkongsi kemusykilan soal jawab agama tidak terlepas untuk mengulas mengenai isu ini. Ustazah Asma’ telah tampil memberikan pencerahan menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.
Fardu kifayah
Memetik coretan Ustazah Asma’, menguruskan jenazah semasa banjir adalah satu kewajipan dan ia termasuk dalam fardhu kifayah bagi masyarakat di sesuatu tempat. Kewajipan itu hanya akan terangkat apabila ada sebahagian daripada masyarakat menunaikan tanggungjawab tersebut.
Ijma’ Ulama bersepakat bahawa setiap individu yang TIDAK mati dalam keadaan syahid atau berada dalam ihram WAJIB bagi mereka diuruskan dengan empat perkara ini:
- Dimandikan
- Dikafankan
- Disolatkan
- Dikebumikan
Artikel berkaitan: Bergaul Bukan Mahram Dan Bertudung, Pesta Halloween Disambut Baik Negara Islam. Ustazah Asma Harun bimbang…
4 cara pengurusan jenazah ketika banjir
Berikut adalah penjelasan dan huraian Ustazah’ Asma mengenai empat perkara tersebut:
#1 Memandikan jenazah
Dalam situasi banjir, dibolehkan bagi seseorang menggunakan air banjir untuk memandikan jenazah. Urusan memandikan jenazah lebih utama diuruskan oleh orang yang sama jantinanya, jika tidak ada maka diharuskan yang berlainan jantina menguruskannya.
Sekiranya pusat penempatan banjir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi atau air hanya cukup untuk keperluan asas sahaja seperti air minum, jenazah boleh ditayamumkan bagi menggantikan kefarduan mandi jenazah. Orang yang menguruskan jenazah tersebut perlulah menekap atau menepuk tanah dengan tangannya, kemudian menyapu ke bahagian muka dan kedua tangan jenazah tersebut.
Tambahnya, keadaan darurat dan situasi sulit seperti banjir yang menyebabkan simpanan air bersih perlu digunakan untuk keperluan-keperluan asas yang lain seperti air minum menjadikan tayammum dijadikan rukhsah atau keringanan oleh syara’.
Firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ
Maksudnya: “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu).” (Surah al-Maidah: 6)
#2 Mengkafankan jenazah
Kafan yang dituntut oleh syarak adalah kain putih yang mencukupi untuk menutup aurat jenazah. Sunat tiga lapis kain putih bagi jenazah lelaki dan lima lapis kain putih bagi wanita. Sekiranya menghadapi kesukaran menyediakan kain kafan yang mencukupi atau yang bewarna putih ketika di dalam situasi banjir, dibolehkan untuk mengkafankan jenazah sekadar untuk menutup jenazah sahaja.
Daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:
الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
Maksudnya: “Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih kerana ia adalah sebaik-baik pakaian dan kafankanlah yang mati di kalangan kamu dengannya.” (HR Tirmizi, hadis Sahih)
#3 Sembahyang jenazah
Jenazah yang telah dikafankan, wajib disolatkan sama ada secara sendirian atau berjemaah mengikut keadaan.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى لِلنَّاسِ النَّجَاشِيَ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ فَخَرَجَ بِهِمْ إِلَى الْمُصَلَّى وَكَبَّرَ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda atas kematian al-Najasyi lalu baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali takbir.”
(HR Muslim, Hadis Sahih)
#4 Mengebumikan jenazah
Jenazah yang sudah disolatkan wajib dikebumikan di kawasan perkuburan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya tidak dapat diuruskan, dinasihatkan untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskannya. Sekiranya tidak berjaya, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:
- Dikebumikan di mana-mana kawasan atau tanah yang boleh didapati. Setelah banjir surut, jenazah tersebut perlu dipindahkan oleh pihak berkuasa agama negeri ke tanah perkuburan yang disediakan sekiranya diperlukan. Atau;
- Menyimpan jenazah di tempat yang sesuai dalam suatu tempoh yang dirasakan tidak akan membusuk sehingga banjir reda dan dikebumikan setelah itu. Atau;
- Menghanyutkan jenazah dengan harapan agar ada orang yang menguruskan jenazah itu ketika menemuinya. Atau;
- Melakukan apa-apa alternatif lain untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan memudaratkan orang awam.
Artikel berkaitan: Supaya Konsisten Buat Kebaikan, Amalkan Tip Yang Ustazah Asma’ Harun Kongsi
MasyaAllah, semoga perkongsian Ustazah Asma’ ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Buat yang sedang diuji dengan musibah banjir, semoga diberi kekuatan dan dimudahkan segala urusan. Amin.
Sumber: Facebook
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Miliki Porshe Biru, Masya Masyitah Inspirasi Hijabi ‘Muda dan Kaya’
Penyanyi muda yang baru berusia 22 tahun, Masya Masyitah dikenali ramai, setelah tular menjadi mangsa fesyen, kerana acapkali berpenampilan ‘luarbiasa’ dari imej gadis berhijab.
Bagaimanapun, perkara itu sedikitpun tidak mematahkan semangat hijabi muda ini untuk terus bangkit menjadi sumber inspirasi, kepada golongan seusianya dengan memaparkan aset yang dimiliki hasil dari titik peluh dan jatuh bangunnya dalam industri seni tanah air.
Masya Bersama ‘Porsche Biru’ Miliknya
Menerusi hantaran di laman Instagram baru-baru ini, Masya membuatkan rata-rata peminatnya merasa takjub, melihat gambar dirinya bersama sebuah kereta mewah jenis Porsche 718 Cayman.
“Tiada apa yang mustahil atas dunia ini… semua perkara boleh dilakukan dengan keyakinan,” tulis penyanyi lagu Teman Bintang itu.
Artikel berkaitan: Wow! Usia Baharu Menginjak 21 Tahun, Masya Masyitah Sudah Berjaya Beli Rumah Keduanya
Kereta mewah tersebut dipercayai dimiliki Marsya apabila dia pernah memaparkan dirinya sedang memandu kenderaan itu dalam satu muat naik di Instastory.
Muda-Muda Dah Kaya
Sumber Gamber: Instagram Masya Masyitah
Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan Masya untuk mempunyai kehidupan yang selesa, malah ada diantara mereka yang melabel Masya sebagai ‘Jutawan Muda’.
Untuk rekod, Porsche yang dimiliki oleh Masya Masyitah adalah dari model 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder hadir dilengkapi dengan enjin 4.0 liter aspirasi natural flat-six berserta transmisi enam nisbah kelajuan.
Porshe jenis ini dianggarkan bernilai lebih kurang RM 700,000, salute lah dekat sis Masya ni!
Artikel berkaitan: Tewaskan Lebih 3000 Peserta Dari Asia, Rezeki Masya Masyitah Menang AS$40,000
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI