Jagung rebus memang sedap dimakan terutama pada musim hujan. Seperti juga sumber makanan yang lain, jagung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Jagung kaya dengan serat makanan dan pelbagai jenis vitamin.
Jagung juga turut dikenali sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, jadi ia boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Serat dalam jagung membantu anda kekal kenyang lebih lama. Serat yang terkandung di dalam jagung juga bermanfaat untuk penghadaman.
Serat ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan boleh menjadikan saluran penghadaman lebih aktif. Hal ini kerana ia mengandungi serat. Jagung boleh dimakan untuk melegakan dan mengelakkan sembelit.
Jagung enak dimakan panas-panas, jadi lebih elok kita masak sendiri sahaja di rumah. Namun selalunya jagung yang dimasak menjadi kecut. Secara tidak langsung ia membuatkan jagung nampak tidak menarik untuk dinikmati. Boleh cuba cara Shahira Amira
masak jagung. Selamat mencuba!1.Ketika membuang kulit jagung, jangan buang sampai habis. Biar ada sehelai, dua yang tinggal.
2.Masak air biar betul-betul mendidih. Selepas itu masukkan jagung dan garam.
3.Masak selama lebih kurang 8 hingga 10 minit. Tutup api.
4.Jangan terus angkat jagung daripada periuk. Bila hendak makan baru ambil. Hasilnya jagung kelihatan ‘cantik’ sebiji-sebiji dan tidak mengecut.
5.Inilah hasil jagung yang telah siap direbus. Memang mengundang selera!
Sumber kredit: Shahira Amira via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.