Jagung rebus memang sedap dimakan terutama pada musim hujan. Seperti juga sumber makanan yang lain, jagung juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Jagung kaya dengan serat makanan dan pelbagai jenis vitamin.
Jagung juga turut dikenali sebagai sumber karbohidrat yang tinggi, jadi ia boleh digunakan sebagai pengganti nasi. Serat dalam jagung membantu anda kekal kenyang lebih lama. Serat yang terkandung di dalam jagung juga bermanfaat untuk penghadaman.
Serat ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam dan boleh menjadikan saluran penghadaman lebih aktif. Hal ini kerana ia mengandungi serat. Jagung boleh dimakan untuk melegakan dan mengelakkan sembelit.
Jagung enak dimakan panas-panas, jadi lebih elok kita masak sendiri sahaja di rumah. Namun selalunya jagung yang dimasak menjadi kecut. Secara tidak langsung ia membuatkan jagung nampak tidak menarik untuk dinikmati. Boleh cuba cara Shahira Amira masak jagung. Selamat mencuba!
CARA MASAK JAGUNG REBUS SUPAYA TIDAK MENGECUT:
Ads
1.Ketika membuang kulit jagung, jangan buang sampai habis. Biar ada sehelai, dua yang tinggal.
2.Masak air biar betul-betul mendidih. Selepas itu masukkan jagung dan garam.
Ads
3.Masak selama lebih kurang 8 hingga 10 minit. Tutup api.
4.Jangan terus angkat jagung daripada periuk. Bila hendak makan baru ambil. Hasilnya jagung kelihatan ‘cantik’ sebiji-sebiji dan tidak mengecut.
5.Inilah hasil jagung yang telah siap direbus. Memang mengundang selera!
Bermacam trend kecantikan yang ada ketika ini. Kalau sebut mengenai trend kecantikan sahaja, fenomena K-beauty pasti jadi pilihan utama masyarakat. Apa sahaja trend dari Korea Selatan ini pasti laku keras di pasaran!
Tidak ketinggalan trend kecantikan yang berasal daripada negara tersebut, yang menggunakan lendir siput. Penggunaan lendir siput di muka bukan sahaja menghasilkan kulit yang bersih, malah dikatakan bebas cela serta membuat wajah berseri-seri.
Pasti tidak pernah terlintas di benak fikiran anda bahawa lendir siput boleh menjadi sebahagian rutin kecantikan anda kan? Rasa macam pelik dan geli! Iya lah, selama ini siput ini hanya ‘dihidangkan’ sebagai makanan terutamanya di restoren mewah. Namun sebenarnya, banyak kelebihan lendir siput untuk kecantikan yang perlu anda tahu.
Apa itu lendir siput?
Menurut laman byrdie, Snail mucin atau lebih dikenali sebagai lendir siput ini secara ringkasnya adalah perkumuhan daripada siput dan kebiasaannya dilabelkan “snail secretion filtrate” atau SSF. Ahli dermatologi, Desai-Solomon berkata lendir siput dihasilkan secara semula jadi dan digunakan oleh siput untuk melindungi diri mereka sendiri.
“Ia adalah bahan yang dipercayai dalam dunia K-beauty dan ia mendapat populariti kerana ia boleh memberikan hasil yang sangat ketara dan berkesan untuk merawat kulit.
Kelebihan lendir siput untuk kulit
Lendir siput adalah ‘mega multi-tasker,’ yang membantu untuk melakukan segala-galanya daripada melembapkan kulit kepada meningkatkan pengeluaran kolagen, protein yang bertanggungjawab untuk kulit yang kuat dan muda serta memperbaiki kedutan.
#1 Melembapkan kulit
Lendir siput mengandungi agen pelembap yang berfungsi untuk membaiki fungsi penghalang kulit, kedua-duanya mengunci “irritation” dari persekitaran sambil mengunci kelembapan pada masa yang sama.
#2 Merangsang pengeluaran kolagen
Oleh kerana lendir siput adalah perkumuhan yang disebabkan oleh tekanan, ia terdiri daripada bahan-bahan yang bertujuan untuk membaiki atau melindungi daripada kecederaan. Termasuklah faktor pertumbuhan, yang berfungsi dengan mencetuskan pertumbuhan sel kulit baru dan kolagen baru.
Lebih banyak kolagen bermaksud sedikit kedutan dan kulit kelihatan lebih muda. Desai-Solomon turut menambah bahawa lendir siput juga mengandungi asid glikolik, satu lagi bahan penggalak kolagen.
#3 Melegakan iritasi
Allantoin ialah sebatian semula jadi yang diperoleh daripada organisma, baik bakteria, haiwan dan tumbuhan. Allantoin yang terdapat di dalam lendir siput mempunyai sifat penyembuhan yang menenangkan iritasi, melicinkan kulit serta merangsang pertumbuhan semula sel.
#4 Membekalkan vitamin dan mineral penting
Seterusnya, bahan ini padat dengan nutrien mesra kulit, termasuk zink anti-radang dan mangan penyembuhan. Ia juga mengandungi peptida tembaga (copper peptides) dan juga terkenal kerana keupayaannya untuk meningkatkan kolagen dan membantu mengurangkan kedutan. Ia juga mengandungi vitamin A dan E, yang kedua-duanya merupakan antioksidan yang hebat.
Produk kecantikan bermutu tinggi
Lendir siput kini semakin terkenal dan digunakan dalam bahan produk perawatan kecantikan yang bermutu tinggi. Antaranya Noir Whitening Gel Hydrant, Corsx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence, Mizon All-In-One Snail Repair Cream dan banyak lagi.
Ramai wanita yang kini sudahpun mengamalkan penggunaan produk yang menggunakan lendir siput bahkan mereka membuktikan keberkesanannya dan berkongsi melalui laman Tiktok. Berikut Hijabista kongsikan beberapa video yang telah dimuat naik:
Wah, penggunaan lendir siput untuk kecantikan bukan sahaja halal dan selamat, bahkan diakui berkesan dan juga berkualiti oleh ramai. Buat para hijabi yang berazam untuk cantik pada tahun baru ini serta ingin melihat perubahan pada kulit, jangan lupa untuk cuba!
Tular satu perkongsian video menunjukkan salah faham tentang beberapa ‘bahan’ yang di jumpai di sekitar rumah seorang artis tempatan sebagai cubaan menyihir.
Video itu mendapat banyak tentangan oleh kerana ‘bukti’ yang ditunjukkan itu bukanlah suatu benda yang berunsur jahat. Malah, ia lebih kepada memagar rumah dan mengusir ‘anasir jahat’.
Limau Dan Garam Lebih Digunakan Untuk Perubatan Islam
Merujuk kepada seorang ahli Pusat Rawatan Islam Al-Idrus, Ustaz Shafiq Mujahid, menjelaskan bahan-bahan yang ditunjukkan itu lebih digunakan untuk membantu proses perubatan Islam. Bahkan, perkongsian itu banyak di bahas semula oleh wargamaya.
“Garam digunakan untuk pagar rumah. Begitu juga daun Bidara dan Limau yang boleh melemahkan gangguan jin dan berfungsi sebagai ‘pemagar’ rumah,
“Tidak pernah lagi tujuan sihir menggunakan bahan ini. Kebanyakan pusat rawatan Islam, Darul Syifa, dan saya sendiri untuk proses rawatan.” katanya.
Ustaz Shafiq juga jelaskan bahawa bahan-bahan itu juga digunakan sewaktu proses memandikan jenazah. Manfaat dari setiap bahan itu banyak menjurus kepada menyingkirkan dan melemahkan ‘anasir jahat’. Malah, anda juga boleh lakukan sendiri untuk memagar rumah.
“Jin sangat lemah dengan daun Bidara. Sebab itu, jenazah dimandikan bersama air daun Bidara untuk mengusir jin,
“Limau ada satu bauan yang tidak disukai jin. Begitu juga sifat asidnya yang begitu alergik oleh jin juga. Sama seperti garam,
“3 bahan tadi boleh digabungkan serta anda juga boleh buat sendiri. Ambil segenggam garam, satu baldi air, dan 3 genggam daun bidara lumat atau tidak. Kacau sekali dan siram di sekitar rumah. Cukup untuk perkongsian dan ilmu bonus buat anda!” ujarnya selepas menjelaskan salah faham itu.
Wah nampaknya pembukaan tahun 2022 ini menyaksikan seorang lagi atlet wanita berhijab menempa nama di luar negara!
Siti Nur Alia, 21, yang merupakan atlet berbasikal lebuh raya Terengganu dipilih untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Selangor. Syabas Siti! Ini menjadikan Siti pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal ini.
Rentetan dari sejarah yang diciptanya itu, Siti mengatakan bahawa ia bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG), Adam Szabo yang ingin mengetengahkan bakatnya bersama pasukan mereka menghubunginya berkaitan hal ini. Ia merupakan tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia.
Masyarakat Malaysia juga turut sama-sama memberikan kata-kata semangat pada Siti dan mendoakan kejayaannya menerusi laman instagram miliknya. Pelakon Hairul Azreen pun turut sama memberi kata-kata semangat tau!
Biarpun pernah mencapai kejayaan dan meraih pingat seperti pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018, Siti Alia masih lagi berasa gugup dan gementar untuk beraksi dengan rakan sepasukan yang mantap dari seluruh dunia.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...