Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan. 

Pernah membintangi beberapa drama seperti  Hikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan. 

Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!
Aktiviti berbasikal juga antara pilihan Nabila Razali untuk kekal cergas dan sihat.

1.  Apakah definisi kesihatan bagi Nabila?
Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti. 

2.  Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian?
Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi. 

3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa?
Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat. 

4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan?
Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali. 

Ads

5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym?
Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai. 

6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema?
Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.

7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional?
Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit. 

Ads

Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!

8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila.
Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada 

sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak. 

Ads
Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!
Walaupun padat dengan jadual kerja, namun ia tidak menghalang Nabila untuk melakukan aktiviti lasak seperti menyertai perlumbaan kereta.

9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.

Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. 

10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini? 

Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata. 

Sumber gambar: Instagram Nabila Razali

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI