Jadikan Beras Mentah Sebagai Snek, Tempah Bahaya Buat Kesihatan

Share

Viral sewaktu ketika dahulu mengenai tabiat pelik iaitu makan beras mentah. Seringkali juga kita tahu kebanyakkan orang yang suka makan beras mentah ini adalah ibu-ibu yang hamil, tetapi ada juga dari kalangan orang yang bukan hamil.

Selalu yang kita tahu, snek ringan berbentuk seperti keropok mahupun kerepek, tetapi bagi sesetengah orang, snek ringan buat mereka adalah beras mentah. Namun begitu, setiap pemakanan itu membawa kesan juga.

Beras mentah enak di kunyah tetapi bahaya buat kesihatan

Beras merupakan satu bahan yang wajib buat kebanyakkan negara di dunia. Makanan ruji ini sudah sinonim tambahan lagi buat negara asia yang sering menjamu nasi sebagai makanan utama mereka.

Tetapi kebiasaan orang akan makan nasi berbanding beras. Ya, dua benda yang berbeza kerana nasi di hasilkan daripada beras yang di kukus. Bagi mereka yang sering jadikan beras mentah sebagai snek perlu tahu bahawa ia boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.

Menurut perkongsian healthline, pengambilan beras mentah telah di kaitkan sebagai faktor beberapa masalah kesihatan. Ini kerana beras mentah mengandungi bakteria berbahaya seperti Bacillus Cereus. Kajian juga telah mendapati bahawa bakteria Bacillus Cereus ini terdapat pada sampel beras dalam kebanyakan beras komersial.

Artikel berkaitan: Masak Nasi Cukup-cukup, Lebihan Nasi Yang Dipanaskan Semula Berisiko Sebabkan Keracunan Makanan

Bakteria ini selalu di jumpai salam tanah dan boleh mencemari beras mentah. Bakteria yang berbentuk spora ini boleh teruskan hidup dengan lama kerana melindungi dirinya dengan ‘perisai’ oleh kerana bentuknya.

Namun, anda jangan takut makan nasi oleh disebabkan bakteria ini yang terkandung dalam kebanyakan beras. Bakteria ini boleh di bunuh jika di masak dan cara penyimpanan beras yang betul bagi mengelakkan pembiakan bakteria ini.

Rata-rata pesakit dari keracunan makanan akibat makan beras mentah ini selalunya akan mengalami loya, muntah, kekejangan pada perut atau cirit-birit dalam masa 15 hingga 30 minit. Jadi buat anda semua, pastikan tidak terlalu rakus dan alpa dalam segi pemakanan kerana khuatiri apa yang sering kita fikirkan tidak bahaya akan mendatangkan risiko buat diri.

Sumber: healthline

Artikel berkaitan: Kerana Trend Boleh Maut, Makan Tiram Mentah Harus Di Elakkan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee