Jadi Hijabi BERGAYA Dengan 6 ITEM Lengkap ‘Top To Toe’ WAJIB Ada Dalam Beg Tangan

Share

Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori ‘top to toe’ bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.

Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, admin tampilkan  beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!

1. Skarf

Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf

biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Skarf pelbagai material dan corak jadi pilihan.

2. Kalung / Rantai

Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual,  padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.

3. Kaca Mata

Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata

memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.

4. Pin

Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.

5. Gelang, Cincin & Jam Tangan

Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.

Pelengkap gaya hijabi.

6. Beg Tangan

Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, beg tangan

 mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
EKSTRA TIP:

Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Artikel Berkaitan: 3 Tip Penting Hijabi Berkaca Mata Untuk Elak Penampilan Serabut

 

Published by
Siti Zurina