Izara Aishah Minta Pendapat Ustazah, Bersedia Tinggalkan Laman Sosial Jika Ia Haram

Share

Sejak memuat naik foto berhijab labuh di laman instagram dan bertindak memadam foto-foto lama yang terdahulu, nama pelakon jelita iaitu Izara Aishah mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menyokong penghijrahannya yang terkini.

Terbaharu, Izara turut bertanyakan soalan kepada seorang ustazah mengenai persoalan adakah haram jika seseorang itu berkongsi foto dirinya di laman sosial.

Dia juga memaklumkan sudah bersedia untuk melenyapkan segala akaun laman sosialnya jika perbuatan tersebut haram dari segi agama.

Persoalan Izara itu akhirnya menemui jawapan apabila ustazah telah menjelaskan padanya bahawa tidak haram namun haruslah sentiasa berhati-hati dan berwaspada.

Melihat ke ruangan komen di laman twitternya, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas perkongsian Izara itu dan berharap dapat turut bersama-sama istiqomah dan menjadi lebih baik di sisi Allah.

Published by
Team Hijabista