Yana Samsudin Berang Gambar Di Salah Guna! Rupanya Ramai Artis Dah Terkena

Share

Pelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi memperomosikan produk kurus di laman sosial.

Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.

Penjual Produk Sila Padam Posting Tersebut! Buat Permohonan Maaf

Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin

“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”

Artikel berkaitan: Walau Apa Cabarannya, Fadzil Zahari Berdoa Agar Yana Samsudin Terus Istiqomah Dan Kekal Berhijab

“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”

Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.

Guna Gambar Artis, Sasar Peminat Untuk Beli produk

Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin

Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.

Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.

Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.

“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.

Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? Hijabista doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.

Artikel berkaitan: “Mak Yana Muslim Convert, Asal Bidayuh Kristian’-Yana Samsudin Luah Rasa Syahdu Pada Keluarga

Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira