‘It’s A Nightmare!’- Mahu Lupakan Kisah Disihir, Syafiqah Aina Mohon Maaf Pada Yang Kurang Senang

Share

Baru-baru ini selebriti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah mendedahkan bahawa dia dan isteri, Syafiqah Aina telah disihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Hafiz telah berkongsi sebuah video pendek di laman Instastory yang menunjukkan isterinya sedang menahan sakit sewaktu berubat dengan pengamal perubatan Islam.

Hafiz menceritakan bahawa dia merasakan perubahan ketara sikap Aina yang pada asalnya seorang yang ceria namun berubah menjadi ‘panas’ sejak kebelakangan ini sebelum mengambil keputusan untuk berubat.

Difahamkan, individu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut mungkin mempunyai perasaan hasad dengki terhadap pasangan ini sehingga sanggup bertindak demikian.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Aina,27, telah berkongsi keadaan dirinya yang terkini di laman Instagramnya sambil memohon maaf jika ada perbuatannya yang mengundang rasa tidak puas hati kepada sesiapa.

Alhamdulillah, Aina okay & sihat saja tau 🤍


Thankyou so so much to everyone, Aina tahu ramai sangat yang mendoakan baik baik untuk Aina.
Ramai juga yg tanya kenapa?

I think Hafiz dah kasitahu everything lastnight on his IG Live. So Aina rasa cukup sampai situ je ceritanya okay? ☺️ Sorry tau, sebab Aina sebenarnya taknak ingat & fikir lagi pasal benda tu semua. It’s a nightmare! Benda yang Aina takan boleh lupa but at the same time Aina tak nak ingat dah.

Maafkan kalau ada perkara yang Aina & Hafiz buat / post di Social Media yang buat Awak rasa tak senang. Tak pernah ada niat lain selain Kami nak kongsi apa yg mungkin bermanfaat untuk Awak semua.

Aina just nak minta Awak semua untuk always selitkan nama Aina, Hafiz, Family Aina & AINAA Beauty dalam setiap doa Awak. Dan semoga Allah pulangkan segala perkara yg terbaik untuk Awak semua dunia akhirat 🤲

Allah lindungi & jauhkan kita semua daripada anasir buruk & hasad dengki manusia, Aamiin ya Mujib! 🤲

Doakan Aina & Hafiz tau! 🤍🤍

Published by
Team Hijabista