“It’s A Girl!” Berseri-Seri Hamil Anak Kedua, Kandungan ANIS DATO’ ROSYAM NOR Kini 34 Minggu

Share

Rezeki Nur Anis atau mesra disapa Anis Kiss, anak pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor hari ini diraikan dalam sebuah majlis baby shower oleh teman-teman tersayang. Lebih manis, beliau turut mengumumkan jantina anak dalam kandungannya iaitu bayi perempuan.

Tampil dalam helaian serba putih dan kerudung pink lembut, majlis baby shower yang dianjurkan di dUCk Cafe tersebut turut diserikan oleh Pengasasnya, Datin Vivy Yusof serta hijab stylist

terkenal, Didiyana Ehsan. Bertuahnya Anis dikelilingi rakan-rakan yang baik!

“Bismillahi MasyaAllah, tabarakallah. Ingatkan hanya perjumpaan biasa dengan team dUCk, tapi rupanya kejutan baby shower daripada mereka yang disayangi.

Kali ini anak perempuan, alhamdulillah.

Terima kasih untuk semua yang meluangkan masa dan berusaha menjadikan saat ini sungguh bermakna untuk dikenang seumur hidup saya.

Doakan baby nombor 2 ni sihat, sempurna dan dipermudahkan urusan bersalin Anis nanti. InshaAllah.” Anis Kiss

Sambil meletakkan tanda pagar #34weekspregnants menandakan tinggal beberapa minggu saja lagi untuk Anis melahirkan anak keduanya.

 

 

Sebelum ini, Anis merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki comel. Pada 15 November tahun lepas, Anis selamat bersalin zuriat sulung yang diberi nama Muhammad Raees Mikael.

Masih aktif membuat styling

tudung dan content review produk di media sosial, Anis amat dikenali kerana pendiriannya yang enggan menumpang popularitoi bapa tersayang untuk berjaya.

Nur Anis yang merupakan anak kedua Dato’ Rosyam Nor mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hariz Zainal pada September 2019.

Published by
Lin