Baru-baru ini telah tular video di laman sosial mengenai seorang gadis yang dikatakan mendera seekor kera yang dibelanya. Gadis tersebut mendapat pelbagai kecaman daripada netizen apabila video itu tersebar sehingga memberikan tekanan buat dirinya.
Tampil bagi menjernihkan keadaan, bapa kepada Nur Hazwany Saffa iaitu Shagul Harmany, 47, mengatakan anaknya bukan mencari publisiti murahan dan meminta orang ramai berhenti mengecam anaknya itu.
Dia ternyata kecewa dengan reaksi netizen terhadap kejadian yang berlaku dan menganggap mereka telah menyalah tafsirkan perlakuan anaknya itu.
Jelasnya, anaknya bukan mendera kera yang dibelanya itu yang dikenali sebagai Acha berry kerana dia hanya bergurau sambil disaksikan 12 mata termasuk neneknya sekali pada ketika itu.
Tambahnya, Acha berry amat nakal sehingga membuatkan rasa geram dan geram yang dilihat dalam video itu bukanlah geram marah tetapi geram sayang.
“Dia suka usik mata saya termasuk (mata) tiga beruk lain. Dia memang suka menyakat,” katanya yang turut memelihara tiga ekor beruk dikenali sebagai Atan, Enot dan Ngat di kediamannya di Kajang, Selangor.
Shagul juga menganggap bahawa dakwaan netizen yang mengatakan perbuatan tersebut sebagai mendera haiwan adalah tidak berasas kerana mereka sekeluarga merupakan pencinta haiwan.
“Kami semua sayang Acha berry termasuk Atan, Enot dan Ngat. Dalam banyak-banyak, Acha berry paling disayangi kerana dia dipelihara sejak dari lahir lagi.
“Cara dia diambil sebagai haiwan peliharaan amat unik kerana dia berjaya diselamatkan daripada dibunuh di sebuah ladang di Raub, Pahang. Ketika itu saiznya lebih kecil daripada smart tag,” katanya.
Bapa kepada tiga orang anak itu mengatakan dia membelanjakan sekitar RM500 untuk membeli pampers dan makanan empat haiwan peliharaannya itu.
“Acha berry, Atan, Enot dan Ngat semua pakai pampers kalau mereka dalam rumah. Saya takut mereka kencing merata-rata.
Ads
Kos bagi pampers dan tisu basah sekitar RM100 sebulan dan setiap minggu juga RM 100 dilaburkan untuk buah-buahan segar dan itu belum termasuk makanan segera McD dan pizza kerana kera-kera peliharaannya gemar akan makanan barat.
Mengenai reaksi anak sulungnya itu selepas menerima cemuhan daripada netizen, Shagul mendedahkan anaknya itu mengalami tekanan dan menangis sehinggakan majikan anaknya mengarahkan untuk mengambil cuti akibat kecaman netizen.
Antara kecaman daripada netizen di laman Twitter.
Walaupun Shagul berasa sakit hati apabila membaca komen yang dilemparkan terhadap anaknya, namun dia tidak mahu melayan perkara tersebut kerana jika dilayan ia akan makin menjadi-jadi.
Ads
Sementara itu, gadis berusia 21 tahun itu yang bekerja sebagai perunding kecantikan berkata video tersebut dikongsi salah seorang rakannya di InstaStory dengan niat untuk bergurau.
Dia juga berharap agar netizen tidak menghukum dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar. Jelasnya, kawannya itu ‘tersalah gurau’ dengan memuat naik video di ‘instastory’ miliknya, dan pengikutnya terus tersalah anggapa selepas menonton video tersebut. Kawannya juga telah memohon maaf pada dirinya kerana tiada niat untuk menularkan video itu.
“Dalam video tu geram bukan marah. Kalau nak tau beza dera dengan gurau anda boleh lihat sendiri. Adakah kera itu menjerit dan meronta? Saya cuma cekak pakai dua jari sahaja, ibu jari dengan jari telunjuk dan automatik kera itu ternganga.
“Acha berry memang kuat berlakon. Dia sangat manja. Jadi saya alu-alukan anda datang ke rumah jika nak tengok cara dia bergurau. Bukan itu sahaja, macam-macam cara dia boleh tunjuk,” katanya yang juga merupakan seorang model sambilan.
SUMBER: MSTAR
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama selebriti terkenal, Nur Fazura menjadi bualan ramai selepas tular videonya di media sosial berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit di akaun TikTok DJ Sonic Hussien, Fazura dilihat berada di butik mewah tersebut sambil ditemani suami tersayang, Fattah Amin.
Pelakon Langit Cinta juga dilihat sibuk menyusun puluhan beg tersebut sambil mengagihkan kepada semua stafnya yang terdiri daripada kaum wanita dan lelaki.
Menghargai pemberian yang diberikan, salah seorang stafnya mengucapkan terima kasih kepada Fazura.
“Terima kasih kepada Kak Faz kerana memberi pemberian seindah ini. Alhamdulillah,” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai warganet yang terharu dengan tindakan aktres itu dan turut mengidamkan untuk mendapat majikan yang baik sepertinya.
“Macam mana nak kerja dengan Fazura? Best dapat majikan macam ni. Hargai staf, terasa dihargai betul dapat macam ni.
“Takde pun dia tunjuk dalam socmed. Humble dia memang dari dulu minat Fazura!
“She has such a big heart! There’s a reason why I have liked her since I was in school. Moga Faz terus istiqomah menuju redha Allah amin,” antara komen-komen warganet di video tersebut.
Sebelum ini, hijab jenamanya, Tudung Fazura telah tular selepas 80 ribu helai habis terjual dalam masa dua jam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Sebagai rekod, Fazura dan Fattah telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang puteri, Nur Fatima Aisya yang telah dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Menghargai orang tersayang, pelakon dan usahawan jelita telah meraikan insan yang menjaga dan membesarkannya sejak dari kecil.
Walaupun wanita tersebut bukanlah ibu kandungnya, namun akui Wawa dia cuba sedaya upaya untuk membahagiakannya termasuklah ibu bapa kandungnya.
Menerusi laman instagramnya, isteri tercinta kepada Aeril Zafrel ini telah mengadakan sambutan hari jadi buat insan yang dipanggil ‘mak’ itu di samping menghadiahkannya kek yang diisi dengan duit.
Selamat ulang tahun mak.. walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua-dua ibu .. mencuba menjadi anak yang sentiasa membahgiakan ketiga-tiga orang tuaku..
kalau ada yg sama macam Wawa (bukan dibesarkan oleh ibu kandung) sayangi mereka .. kasihi mereka.. selagi masih ada..
hargai waktu yang dipunya.. itulah kata-kata Bunga Citra Lestari yang Wawa akan ingat sampai bila-bila.. hargai setiap moment setiap waktu yang kita punya 😘
Sweetnya Wawa ni! Beruntung sungguh insan-insan yang berada di sekelilingnya kerana Wawa tidak pernah melupakan jasa-jasa mereka yang sentiasa ada bersama dengannya. Moga rezeki Wawa terus melimpah ruah lagi selepas ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila berbuka puasa, pastinya kita akan mencari makanan berat dan juga air terlebih dahulu untuk memenuhi tuntutan perut yang berkeroncong setelah seharian menjalani ibadah puasa.
Bila dah kenyang, mesti ada keinginan nak basahkan tekak dengan pencuci mulut yang sejuk, manis dan berlemak. Jadi apa kata Hijabi cuba buat sendiri resepi puding buah koktail ini di rumah! Rasanya sungguh menyegarkan. Cara penyediaanya pun mudah sahaja tau!
Di sini Hijabista kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan resepi untuk merealisasikanya.
Bahan-Bahan Membuat Agar-agar Merah:
400 ml susu cair
100 ml krim masakan jenis heavy cream.
4 sudu sirap perisa stroberi
½ bungkus (3½ g) agar-agar perasa asli berwarna putih
½ sudu jeli perasa asli berwarna putih
Bahan-Bahan Membuat Agar-Agar Koktail:
300 ml susu cair
100 ml krim krim masakan jenis heavy cream
½ bungkus (3½ g) agar-agar asli berwarna putih
½ sudu jeli berwarna putih
1 tin (385 g) fruit cocktail, asingkan airnya 100 ml
Agar-agar merah: Campur semua bahan. Masak di atas api kecil sambil dikacau perlahan-lahan (untuk mengelakkan susu dan krim pecah lemak).
Apabila telah mendidih. Angkat, dan tuangkan ke dalam gelas yang ingin disajikan dan sengetkan gelas 45º darjah dan biarkan agar-agar sejuk pada suhu bilik hingga agar-agar mengental selama 15 minit.
Agar-agar putih: Campurkan kesemua bahan, kecuali cocktail dan airnya. Masak di atas api kecil dan ulang langkah sama seperti tadi. Apabila telah mendidih angkat dan tambahkan air cocktail, dan kacau sehingga sebati.
Setelah itu, tuang cecair agar-agar putih ke dalam cawan agar-agar merah yang sudah mengental tadi, biarkan sejuk pada suhu bilik hingga agar-agar mengental selama 15 minit.
Setelah agar-agar mengental, masukkan kedalam peti ais selama satu jam.
Setelah siap, keluarkan agar-agar dan tambahkan buah koktail ketika hendak disajikan.
Mudah je kan nak buat? Tak perlu beli pencuci mulut yang fancy-fancy pun. Buat sendiri je di rumah. Selamat mencuba!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...