Isu Buka Tudung Datuk Hassan al-Hafiz Pesan Emma Maembong Bertaubat, Cari Kawan & Suami Yang Baik

Share

Setelah lima tahun berhijab, pelakon popular, Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk menanggalkan tudungnya. Pelbagai reaksi diterima termasuk dari Pendakwah Terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz. Datuk Hassan al-Hafiz menyeru semua pihak bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit.  Namun beliau turut menasihatkan Emma supaya bertaubat.

Menurutnya juga dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu akan tersasar. Jadi dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.

“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Hassan juga turut berpesan agar Emma mencari kawan yang baik, belajar agama dan ketiga carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya.

“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.

“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,” katanya.

Dalam pada itu sebaik Emma muat turun fotonya tidak berhijab, ruangan komen membanjiri di laman Instagramnya. Masing-masing memberikan pendapat tersendiri berhubung tindakannya yang tidak mahu lagi berhijab.

Knp kisah pandagan orang.. Kisah lah pandagan Allah pada awak Emma.. Xpela.. Doakan awak smoga cepat mndpt hidayah.. Sy suka Sgt bila Emma bertudung.. Sgt cntik.. Berseri2.. Skrng seri pun dh hilang.. Doa yg baik2 aje.. Amin..

Knapa kamu hidup dimuka bumi ni..xmalukah kamu..kamu bdiri dibumi allah hidup udara yg allah bg..tp kamu xikut printah allah..

Stay strong..moga satu hari nnti iman kk emma tros kuat ntok kekal bertudung..

aurat ini mahal bukan senang ii pemberi memberinya.so jaga lah ia seperti anda menjaga keluargamu….@emma_maembongofficial

My wish and du’a for you and me always istiqomah in everything..Allah love us more

KREDIT FOTO: INSTAGRAM EMMA MAEMBONG.

Published by
Siti Zurina