Selepas mengumumkan pengundurannya dari kumpulan Dolla, Syasya Rizal menarik perhatian ramai apabila tampil menutup aurat dan bertudung. Apatah lagi sejak berstatus isteri, Syasya Rizal dilihat kian istiqamah bertudung. Semakin cantik pula tu!
Sebelum ini, penampilan sopan Syasya Rizal itu menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ibunya, Riena pernah berkongsi video di Instagram peribadinya.
Ketika itu, kemunculan pemilik nama penuh Norsyasya Afiqah Shahrizal yang manis berkebaya dan bertudung meraih pujian ramai. Istiqamah bertudung dan menutup aurat.
Malah sejak berhijrah, Syasya Rizal benar-benar menjaga penampilannya terutama dari segi pemilihan pakaian. Ternyata cucu kepada pelakon veteran tanahair, Rozie Othman ini berusaha untuk istiqamah bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Senyuman pula tak pernah lekang di bibirnya sejak bergelar isteri. Semakin cantik dan bahagia!
Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun ini terkenal dengan imejnya yang seksi dan daring.
“Syukur selepas berhijab saya rasa lebih tenang. Sekarang pun ada suami yang banyak memberi nasihat,” ungkap Syasya.
Sehingga kini, kebanyakan respon yang diterima adalah positif. Rata-rata meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Syasya Rizal kekal istiqamah dalam bertudung dan menutup aurat.
Bahagia Bergelar Isteri
Sejak bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April lalu Syasya Rizal kelihatan semakin bahagia, cantik dan berseri-seri.
Masih terserlah seri pengantinnya yang masih dalam mood bulan madu.
Menurut Syasya Rizal selain melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri, dia kini mahu lebih fokus kepada pengajiannya. Manakala soal kerjaya seni pula bergantung kepada rezeki. Apa yang penting baginya, istiqamah dalam bertudung dan menutup aurat sejak bergelar isteri.
Didoakan semoga Syasya Rizal kekal istiqamah, berjaya dalam pengajian seterusnya bahagia bersama suami tersayang.
Untuk info, Syasya Rizal yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik ini menyertai kumpulan Dolla sejak penubuhannya pada April 2019. Selain Syasya Rizal, kumpulan Dolla turut dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby. Mereka pernah mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian di China iaitu Show It All.
BACA JUGA: Polis Sangkal Dakwaan Kononya Dolla Ditahan ‘Penyamar’, Tiga Individu Itu Anggota Sedang Bertugas!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Anugerah Allah Yang Indah’- Ambil Anak Angkat, Mizz Nina & Noh Bahagia Dengan Kehadiran Musa
Selepas 11 tahun melayari rumah tangga bahagia bersama, pasangan selebriti iaitu Mizz Nina dan Noh Hujan mengumumkan khabar gembira bersama semua apabila kini mereka sudah ada Musa,3 bulan, yang menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Di laman instagram Nina, dia telah berkongsikan rahsia bahagianya dengan kehadiran Malik dalam kehidupan mereka serta perjalanannya untuk membuat keputusan bagi mengambil anak angkat.
Jika Allah berkehendak, pasti tiada kuasa yang dapat menghalangNya.
2+1 = 3
Noh, Nina & Musa الحمد لله
Alhamdulilah sudah 3 bulan sejak kehadiran bayi Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan pengabulan doa yang indah ini – Saya dengan ini boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang الحمد لله ❤️
Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti. Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab.
Saya masih ingat sewaktu saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini. Noh memulakan idea untuk kami (sudah tentu dalam Islam nama keluarga bayi itu mestilah bin Abdullah atau nama-nama lain Allah & bukan nama bapa angkat) dan kerana dia menginginkannya, ia membuatkan saya ingin tahu.
Perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, tanpa cara atau tempat yang boleh mereka hubungi ke rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.
Membuka hati saya untuk sesuatu perkata yang mengubah hidup ini bukanlah mudah dan saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk melapangkan hati saya dan memberi ruang di dalamnya, untuk saya menghilangkan rasa tidak yakin saya dan percaya kepada-Nya, rancangan-Nya, jalan-Nya , Alhamdulilah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya.
Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini. Menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan 😍😅 dan kami menyayangi setiap saat Alhamdulilah ❤️
Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin 🤲
Ribuan komen positif menghujani selepas Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran tersebut. Turut menyelitkan ucapan tahniah buat pasangan ini adalah Dato Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar dan juga Ummi Nazeera.
Sememangnya ramai yang mengidolakan pasangan suami isteri ini yang sememangnya suka bersederhana dan memberikan aura positif buat semua. Didoakan moga Noh, Nina dan Musa terus bahagia melayari hidup bersama. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Untuk Keseronokan, Pandangan Pendakwa Bebas Apllikasi Merubah Wajah. Ini Jawapan Dari Jabatan Mufti
Isi Kandungan
ToggleKita menggunakan aplikasi ini daripada seorang lelaki bertukar menjadi seorang perempuan. Dan fitrah kita lelaki Allah jadikan kita lelaki tiba-tiba kita pergi tukar kepada perempuan dan pergi sebarkan pula di media sosial. Jadi menampakkan keaiban kita daripada muka kita lelaki bertukar perempuan atau perempuan bertukar lelaki, itu hukumnya haram.
Keseronokan warga net menukar jantina walaupun paras rupa melalui aplikasi faceapps dibidas oleh beberapa pendakwa bebas yang mana masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.
Ini pendapat beberapa pendakwah bebas tular aplikasi yang merubah paras rupa jantina asal. Tambahnya lagi, walaupun gambar tersebut disunting untuk simpanan peribadi tetapi ianya masih termasuk dalam perbuatan yang dibenci di sisi agama.
Hukum tasyabbuh adalah haram
Jangan jadikan satu trend, aplikasi yang berfungsi untuk menyunting foto wajah lelaki kepada perempuan dan sebaliknya ini semakin ‘galak’ diguna pakai oleh wargamaya sejak akhir-akhir ini.Namun disebalik ‘keseronokan’ warga maya memuat naik foto yang telah disunting itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menjelaskan hukum penggunaan aplikasi berkenaan.
Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Al-Hijrah, Dr Nur Muhammad Hadi memberitahu tindakan mengubah wajah kepada jantina berlainan dan menyebarkannya adalah haram di sisi agama.
Bukan itu sahaja, walaupun ianya hanya sekadar gambar tetapi tindakan tersebut akan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim sekaligus ianya bertentangan dengan fitrah manusia.
Jabatan Mufti Tentukan Hukum
Berhubung hukum penggunaan aplikasi FaceApp yang menukar wajah sehingga mengakibatkan kekeliruan perlu ditentukan oleh mufti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
Ini kerana, tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, aplikasi yang kini menjadi fenomena itu boleh mengelirukan dan secara prinsip asasnya sebarang usaha yang mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai dengan pelbagai cara tidak dibenarkan sama sekali.
“Sebarang keputusan mengenai penggunaan aplikasi tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Mufti dalam merungkaikan soal hukum,” katanya pada Majlis Town Hall bersama Pegawai dan Kakitangan Agensi Agama Wilayah Persekutuan di Kompleks Darul Kifayah .
SUMBER: Berita Al-Hijrah, PU Syed Bakri AL-Yahya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangganya! Lima Menteri Dan Tiga Timbalan Menteri Wanita Antara Barisan Kabinet 2020
Buat pertama kalinya, tiada Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan.
Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Menteri-menteri kanan juga akan membantu Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan Muhyiddin dalam negara.
Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
Paling membanggakan ialah apabila lima orang menteri wanita menerajui kepimpinan berikut:
MENTERI PERPADUAN NEGARA
Menteri : Datuk Halimah Mohamed Sadique
Latar belakang: Datuk Wira Halimah binti Mohd Sadique (lahir 2 Februari 1962) merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Halimah bertanding di peringkat DUN.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Halimah binti Mohd Sadique bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tenggara , negeri Johor. Halimah Binti Mohd Sadique telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19031.
MENTERI PELANCONGAN, KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Datuk Seri Nancy Shukri
Latar belakang: Dato’ Sri Nancy binti Shukri (lahir 5 Ogos 1961) merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Berketurunan Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau dan telah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak.
Beliau adalah pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM – Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Dr Noraini Ahmad
Latar belakang: Dilahirkan pada 7 November 1967 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, Universiti Saskatchewan, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
Beliau dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO, pada awal penubuhan Puteri UMNO dan kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO sejak 2004, menggantikan Datuk Azalina Othman Said yang melepaskan jawatan kerana faktor umur keahlian Puteri UMNO hanya untuk wanita berumur bawah 40 tahun.
Noraini dipilih untuk Parlimen persekutuan pada pilihan raya 2008, menggantikan ahli penyandang UMNO Syed Hood Syed Edros. Pada masa pemilihannya, merupakan ketua Puteri UMNO (sayap pemuda wanita UMNO). Sejurus selepas pilihan raya, beliau dinamakan Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan Malaysia Abdullah Badawi,tetapi kehilangan jawatan itu pada April 2009 ketika Perdana Menteri Najib Razak menamakan kementerian pertamanya. 2009 juga menyaksikan langkahnya sebagai ketua Puteri UMNO, setelah mencapai had umur untuk menjadi ahli kumpulan.
Dalam pilihan raya umum 2013 Noraini memenangi pemilihan semula ke Parlimen dan dilantik oleh kerajaan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Dalam pilihan raya umum 2018 Noraini dipilih semula dalam kerusi parlimen Parit Sulong. Noraini dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2018-2021 yang baharu
MENTERI WANITA DAN KELUARGA
Menteri : Datuk Seri Rina Mohd Harun
Latar belakang: Lahir 18 April 1973merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan dan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Lahir 14 Mac 1958 Mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong, Girl School, Singapura
Selain memegang jawatan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang, Selangor, YB Zuraida adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia.
Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.
Ada tiga orang timbalan menteri wanita kali ini iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) pula ialah YB Datin Mastura Binti Yazid.
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga pula ialah YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff.
BERIKUT SENARAI PENUH MENTERI KANAN, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
(akan dilantik sebagai senator)
Sumber kredit: Harian Metro, Sinar Harian, Wikipedia, Malaysiakini dan Instagram Datin Mastura Yazid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI