Mendapatkan berat badan yang ideal merupakan impian semua orang tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Dengan mengamalkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat, kita boleh mendapatkan berat badan yang diidamkan tanpa sebarang kerisauan. Jika mahu hasil yang mengagumkan,kita haruslah konsisten mengamalkannya.

Seperti Syaidatul Shima Saayah, dia telah berjaya mendapatkan berat badan yang dimahukannya melalui cara diet Atkins dan kemudiannya cara Diet Suku Suku Separuh pula.

Saya mula dgn 114kg
turun ke 74kg
naik semula ke 83kg
turun semula ke 60kg
Tinggi 152 cm
Mula umur 18 tahun dan kini saya 24 tahun

Ingat,kalau dah mula,habiskan..kalau letih rehat,bukan berhenti..selagi masih ada nafas maksudnya kita masih diberi peluang..lalui hari-hari dietmu dgn indah..kalau failed harini,esok cuba lagi..

Mula dengan atkins,dan sekarang Diet Suku Suku Separuh untuk ke ideal dan seterusnya fasa maintainšŸ’ŖšŸ»

IKLAN

goodluck semuašŸ¤—

Bermula dengan 114kg

IKLAN

Kini sudah mencapai 60kg.

Buat anda yang masih keliru apa itu diet atkins, ia merupakanĀ sejenis gaya pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

IKLAN

Dengan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga dan mengurangkan lemak dalam badan anda.

Diet suku suku separuh pula merupakan amalan pemakanan seimbang yang lengkap dalam setiap hidangan yang kita nikmati dalam jumlah yang sepatutnya seperti nasi, sayur-sayuran, buah-buahan serta ikan atau ayam.

kredit: Syaidatul Shima Saayah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI