Program #Quranhour adalah satu aktiviti yang sangat murni terutama dalam mendidik masyarakat hari ini untuk terus mencintai, berinteraksi dan mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Ramadan lalu telah dianjurkan program Malaysia#QuranHour untuk kali ketiga di mana menyatukan hampir 5 ribu peserta di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya Jun lalu.
Kemuncak program ini nanti adalah World#QuranHour yang akan diadakan pada 9 Zulhijjah 1438H serentak seluruh dunia dan kali ini sambutannya di sini adalah di UIAM dan juga Dataran Merdeka sempena 31 Ogos nanti.
Hari ini sahaja, telah diadakan acara Climb For #QuranHourdi mana memperlihatkan ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor bersama 20 wakil media tempatan memanjat 2200 anak tangga Menara Kuala Lumpur dengan membawa senakhah al-Quran sebagai simbolik program World #QuranHour, jalur gemilang dan panji World #QuranHour.
Ads
Hijabista turut tidak ketinggalan menyokong majlis ilmu ini dan antaranya adalah dengan bekerjasama dengan beberapa personaliti media sosial untuk menyokong kempen #Quranhour.
Ketika sesi fotografi untuk melengkapkan isi kandungan yang lalu, Hijabista sempat berkongsi bacaan ayat suci Al-Quran dengan Insta-Famous popular Elcah.
Walaupun masih muda, namun blogger popular ini tidak ketinggalan menyokong program ini dengan membaca salah satu potongan Surah At-Taubah.
Ads
Ketika ditanya mengapa memilih potongan Surah At-Taubah ayat 128 ini, Elcah memberitahu ibunya ada mengajar surah itu kepadanya untuk dijadikan sebagai pendinding.
Menurur Editor Kanan Karya Bestari Kumpulan Media Karangkraf, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, surah ini banyak menceritakan tentang pengampunan yang Maha Pencipta. Surah ini juga dianggap begitu istimewa kerana satu-satunya surah yang tidak dimulai dengan Bismillahirrahmaniarrahim.
Begitu juga bagaimana ia diturunkan iaitu selepas berlakunya perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah.
Ads
Satu lagi mengenai surah ini ialah membicarakan tentang pernyataan Allah kepada kaum Muslimin dalam memerangi golongan kuffar secara menyeluruh.
Jom sama-sama kita dengarkan bacaan surah ini dari Elcah.
p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh Elcah, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sebelum ini tidak pernah alami senggugut dan period setiap bulan adalah normal
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Keluarga dan teman-teman nasihatkan berjumpa doktor. Tapi rasa takut menyebabkan terus bertahan
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Ramadan lalu rasa satu benda pelik dalam perut, seperti ada ketulan besar dan bila ditekan rasa senak.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Akhirnya buat juga pemeriksaan dengan doktor dans etelah buat ultra sound dan scan memang ada cyst.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Terus buat ujian darah dan pap smear. Alhamdulilah selepas tiga minggu dapat keputusan yang menggembirakan
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Kedaan seperti hamil 15 minggu
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
Menjalani pembedahan membuat cyst bersaiz 3 cm dan 10.8 cm dengan empat tebukan diperut.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Lepas pembedahan doktor nasihatkan supaya jaga pemakanan agar cyst yang sama tidak berulang. juga disaran jalani hidup lebih sihat dengan melakukan senaman dan kurangkan berat badan. Doktor juga sarankan supaya hamil lagi.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat kepada wanita di luar sana, jika ada tanda pelik pada diri segerlah berjumpa doktor.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Ini pula pesanan penting kepada wanita di luar sana:
Jumpa Dr segera sekiranya:
Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan dUCk, jenama premium pencetus gaya hidup aspirasi buat wanita seluruh dunia. Maka tak hairanlah, jenama eksklusif ini punya kelompoknya yang tersendiri.
Menawarkan produk berasaskan fesyen dan kecantikan, The dUCk Group yang kini memiliki 9 buah store menjadi kebanggaan para wanita khususnya hijabi yang tampil dengan gaya elegan, sofistikated serta mewah.
Diasaskan oleh ikon usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof, jenama dUCk bukan hanya terkenal di Malaysia bahkan di kalangan media-media antarabangsa seperti BBC, The New Yorker, Forbes, CNN dan The Business of Fashion.
Sebelum ini, The dUCk Group pernah bekerjasama dengan beberapa jenama dan personaliti tersohor antarabangsa iaitu Disney, Barbie, Warner Bros., Monopoli, Baskin-Robbins, Miss Universe, serta Fox Movies. Wow cukup mengagumkan!
Baru-baru ini, dUCk memperkenalkan koleksi terbaharunya Mickey Mouse I dUCk. Istimewanya, ia diilhamkan daripada jenama ikonik popular Mickey Mouse yang pastinya mencetustkan keterujaan para peminatnya sejak dulu.
Ia merupakan kerjasamake-10 dUCk dengan Disney, dan yang ke-3 bersama Mickey Mouse.
Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Disney, dUCk memperkenalkan koleksi istimewa Disney100 inspired.
Menampilkan selendang dan ready-to-wear, koleksi Mickey Mouse I dUCk dipenuhi dengan paparan rekaan vintaj.
Koleksi ini turut mengimbau kembali era Roaring Twenties dan Jazz Age ketika kemunculan pertama Mickey Mouse dalam Steamboat Willie Disney.
Setiap reka bentuk selendang memaparkan latar belakang ilham daripada Jazz Age yang glamor dan memukau!
Di samping itu, dalam setiap reka bentuk terdapat lebih daripada 100 lambang Mickey Mouse yang tersembunyi sebagai penyeri visual.
Tudung berwarna ‘solid’ dinamakan sebagai Traffic Trouble, Just Mickey dan Jazz Fool. Manakala rangkaian warna pastel pula digelar sebagai Blue Rhythm, Whoopee Party dan Mickey’s Follies.
Koleksi tudung tudung boleh didapati dalam bentuk selendang dan square. Materialnya diperbuat daripada satin yang menjadi kegemaran para pencinta dUCk sejak dulu.
“Kami amat teruja untuk ‘membawa’ Mickey Mouse ke dUCk’s design playbook. Ia satu cabaran buat kami untuk membawa sesuatu yang baharu kepada pelanggan. Koleksi Mickey Mouse I dUCk ini diilhamkan daripada filem animasi pendek Steamboat Willie kolabirasi bersama Mickey Mouse.
“Di samping menonjolkan kreativiti, kami juga ingin meraikan salah satu koleksi terhebat di dunia yang memaparkan watak terkenal dalam reka bentuk terbaharu ini khas buat peminat.
“Kami berbangga kerana dUCk menjadi jenama fesyen pertama di dunia yang bekerjasama dengan Disney. Koleksi ini juga cukup bermakna buat saya secara peribadi kerana ia mempunyai kisah tersendiri.
“Saya telah menemui foto saya bersama Mickey Mouse di Disneyland. Ketika itu usia saya baru lima tahun (1992).
“Sebenarnya nilai foto itu lebih daripada sebuah kenangan kerana ia membawa maksud jika kita ada matlamat dan berusaha ke arah matlamat itu ia boleh menjadi kenyataan,” ungkap Datin Vivy Yusof.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada penyampaian trofi Piala Dunia selepas kemenangan Argentina ke atas Perancis dalam perlawanan akhir pada hari Ahad, Lionel Messi ditawarkan bisht, jubah tradisional Arab, untuk dipakai oleh emir Qatar.
Messi membenarkan Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani meletakkan jubah itu di bahunya sebelum mengambil trofi Piala Dunia daripada Presiden FIFA Gianni Infantino dan mengangkatnya di hadapan rakan sepasukannya yang teruja.
Bisht jubah terkenal seluruh dunia
Bisht ialah jubah panjang yang diperbuat daripada bahan yang ringan iaitu bulu unta dan bulu kambing, selalunya tipis dengan hiasan yang diperbuat daripada emas tulen yang dipakai di atas thobe putih.
Jubah ini adalah pakaian yang telah dipakai selama berabad-abad semasa majlis khas, terutamanya dipakai di Teluk. Ia dilihat sebagai tanda penghargaan dan penghormatan dan lazimnya dipakai oleh pegawai atasan seperti ahli politik, syeikh dan individu lain yang berstatus tinggi.
Mustafa Baig, pensyarah pengajian Islam di Universiti Exeter, memberitahu agensi berita dpa bahawa bisht adalah jubah rasmi yang dipakai oleh diraja, orang kenamaan, pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka dan graduan pada majlis graduasi.
“Jadi hanya beberapa orang terpilih yang benar-benar akan memakai bish itu,” katanya. “Mereka pada dasarnya menghormatinya Messi dengan meletakkannya di atas bahunya. Ia seperti tanda penghormatan dan hanya semacam sambutan budaya dan penerimaan budaya.”
Baig berkata ia juga mewakili pakaian kebangsaan Qatar, tetapi hanya pada majlis-majlis penting.
“Dan ini adalah acara yang paling penting. Maksud saya, mungkin tiada majlis yang lebih besar, jadi mereka meletakkannya sebagai tanda penghormatan,” katanya.
Baig berkata dia melihatnya sebagai “pelukan Messi terhadap budaya tempatan”, menambahkan bahawa ia adalah “perkara yang cukup membanggakan” untuk Qatar lakukan bagi pihak mereka.
Hassan al-Thawadi selaku setiausaha agung jawatankuasa penganjur Piala Dunia Qatar, berkata: “Ia adalah pakaian untuk majlis rasmi dan dipakai untuk perayaan. Ini adalah perayaan Messi.
Walaubagaimanapun ada beberapa pihak juga tidak memahami akan budaya negara itu dan menganggapnya seperti merosakkan momen kemenangan pasukan bola itu.
Penyampai BBC Gary Lineker merasakan keputusan itu merosakkan apa yang sepatutnya menjadi “saat ajaib”.
Manakala bekas penyerang England itu berkata: “Ini adalah detik ajaib. Nampaknya memalukan dengan cara mereka menutup Messi dengan baju Argentinanya.”
Bekas pertahanan Argentina, Pablo Zabaleta bersetuju, berkata: “Kenapa? Tiada alasan untuk berbuat demikian.”
Ia mungkin satu pemandangan yang pelik bagi mereka yang tidak biasa dengan adat itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: AlJazeera
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...