Isteri Masing-Masing Sedang Hamil, Rizman & Ruzaini Tak Sabar Nantikan Cahaya Mata 2020

Share

Pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Nordin mengucapkan rasa syukurnya ke hadrat Illahi apabila teman baik yang juga rakan perniagaannya iaitu Ruzaini atau nama sebenarnya Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil sedang menantikan kelahiran cahaya mata permata selepas empat tahun melayari alam perkahwinan bersama Nurul Hidayati Yahya.

Situasi ini menjadi kegembiraan berganda buat mereka kerana isteri Rizman, Nurida Suraya juga sedang mengandungkan anak mereka yang pertama.

Luah Rizman di laman instagramnya, dia benar-benar merasakan perancangan Allah itu sangat indah kerana mengurniakan sesuatu yang dipohon oleh hambaNya tepat pada masanya.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam yang maha ADIL lagi SAKSAMA.. Sesungguhnya perancangan Allah itu begitu indah.. mengurniakan pada hamba-hambaNya yang memohon, tepat pada masanya.. ALLAHUAKBAR.. tidak tercapai dek akal, tidak terungkap dek kata-kata..

Mereka berdua insan yang berhati mulia..tak pernah berkira dan sentiasa ada bersama.. dikala susah mahupun senang..

Dipanjatkan rasa syukur dan tahniah buat abg dan kakak sy @jamil.ruzaini & @deqda,semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dibawah pelindungan dan jagaanNya. Amin amin ya rabbalalamin..

Bukan itu sahaja, sahabat baik mereka yang juga seorang selebriti terkenal iaitu Fazura juga sedang menantikan kelahiran anak pertamanya bersama suami tersayang, Fattah Amin. Pasti hubungan persahabatan mereka selepas ini bertambah akrab kerana sama-sama bakal menyambut bayi ‘2020’.

Moga mereka semua selamat menimang cahaya mata tidak lama lagi. InsyaAllah.

Published by
Qiss