Kecantikan

Isteri Kesayangan Bos Jakel, Datin Farah Haryani Rajin Amalkan Pilates Untuk Kekal Sihat, Cergas & Cantik

Share

Siapa yang biasa dengan hijab jenama Ariani pasti akan mengenali pemilik wajah jelita ini. Datin Farah Haryani Muhammad Philip, 38 tahun yang juga merupakan pemilik jenama hijab Ariani yang terkenal di Malaysia ini memang seorang yang begitu murah dengan senyuman.

Malah kelembutan suara dengan kejelitaan wajahnya membuatkan mata tidak puas memandang. Ketika ditanya rahsia atau petua menjaga kecantikan, beliau tersenyum memberitahu hasil amalan pilates yang dilakukannya.

Menurut Datin Farah kerjanya yang memerlukan dia sentiasa berdiri dan bergerak ke sana ke mari menyebabkan beliau perlu sentiasa cergas dan aktif.

Bukan itu sahaja, malah fizikal juga penting dalam memastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Jadi beliau lebih senang memilih amalan pilates yang sudah diamalkan lima tahun lalu.

“Saya sudah amalkan lima tahun lalu untuk memastikan kekal sihat dan bertenaga. Saya akan peruntukan selama 1 jam dengan memanggil guru bertauliah datang ke rumah. Selain itu saya juga turut menjaga pemakanan,” ujar Datin Farah, isteri kesayangan Bos Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, ketika ditemubual oleh team Hijabista dalam satu majlis rasmi.

Beritahu Datin Farah, beliau juga pernah mengalami pertambahan berat badan sebelum ini. Salah satu tanda kenaikan berat badan adalah jika melihat pada bahagian perut.

“Jika rasa badan dah naik biasanya saya akan kurangkan pengambilan makanan. Saya akan skip makan malam tetapi tidak untuk sarapan pagi. Saya memang gemarkan  sarapan nasi lemak atau roti canai.

“Cuma kalau rasa badan dah naik saya akan kurangkan kuantiti pengambilannnya. Kita memang perlu makan untuk mendapat energi dalam menghadapi rutin seharian yang sibuk,” tambah Datin Farah yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur antara 5 tahun hingga 15 tahun.

Menurutnya juga untuk penjagaan wajah pula, beliau lebih senang membuat rawatan di rumah sahaja berbanding pergi ke pusat spa.

“Saya rajin buat skrub untuk penjagaan wajah. Dan satu lagi bagi memastikan mental dan fizikal terjaga adalah dengan memastikan mendapat tidur yang secukupnya. Saya memang akan tidur tepat pada masanya agar bila bangun pagi keesokan harinya kekal segar dan bertenaga.

“Dan satu lagi saya juga kalau stress saya suka buat kek. Rasa lebih tenang dapat melihat  hasil kek yang dibuat dari air tangan kita,” katanya lagi yang juga seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun sebelum berhenti untuk membantu menguruskan perniagaan suami, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YNA SAKINAHGALERI ARIANI & ARIANI RTW

Published by
Siti Zurina