Sememangnya seorang isteri itu merupakan kurniaan terindah dari Tuhan untuk seseorang yang bergelar lelaki. Namun, amatlah malang buat lelaki tersebut jika dia memilih untuk mengabaikan sang isteri yang terus setia di sisi demi mencari pengganti yang tidak pasti.
Isteri gelisah memikir hidup mati
Suami gelisah memikir pengganti
.
Isteri bersabar demi kandungan
Suami berdebar mengikat hubungan
.
Isteri menangis terkenangkan anak
Suami menangis terbayang yang enak
.
Isteri bukan lagi vitamin
Suami sudah meniti pelamin
.
Isteri gundah membayangkan hospital
Suami semakin diserang gatal
.
Isteri tersentak tatkala dicerai
Suami tersenyum ikatan terlerai
.
Isteri melangkah hati kecewa
Suami menikah gelak ketawa
.
Isteri pendam si air mata
Suami bahagia membilang permata
.
.
Kepada yang ikuti paparan saya sejak dua tahun lalu, memang banyak kes wanita teraniaya. Termasuklah kes isteri dicerai ketika hamil, menjadi ibu tunggal, menjadi ibu tinggal… Malah saya juga menulis kisah mereka dalam lagu Sampai Bila.
“padamu aku hanya kaca yang tak berharga, pudar seri, kosong, kelam… tak bermakna”.
.
#fedtriyahya #menikamdenganpuitis #ibrah #kritiksosial #satira #puisi #sastera
kredit: Facebook Fedtri Yahya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawatan & Ubatan Yang Selalu Diragui Penggunaannya Ketika Bulan Ramadan, Ini Rujukan Yang Betul!
Sebut sahaja ubat pasti akan dikaitkan dengan memasukkannya ke dalam badan. Tidak kiralah dengan memakannya atau dicucuk di tangan. Yang pastinya ubatan ini pasti akan memasuki tubuh badan kita.
Jadi, bagaimana pula semasa bulan Ramadan ini? Adakah ia akan membatalkan puasa kita? Mari lihat beberapa jenis rawatan dan juga ubatan yang tidak membatalkan puasa kita.
Rujukan :
Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari).
1) Ubat titis mata dan titis telinga.
2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).
4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).
7) Pendermaan darah atau menerima darah.
8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
10) Mengambil darah untuk ujian makmal.
11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).
12) Laparaskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.
15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).
Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:
1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).
2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal.
Nota: Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa.
3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialisis.
5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
Maka, sekiranya anda merupakan salah seorang penerima rawatan atau diberi ubatan di atas ia tidak menghalang anda berpuasa sama sekali. Anda tetap boleh berpuasa seperti biasa melainkan jika anda tidak larat atau sakit.
SUMBER: MEDIA PERUBATAN SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Dan Amalan Yang Dianjurkan Rasulullah Di Malam Isra Miraj. Perbanyak Istighfar!
Isra Miraj, satu lagi hari istimewa di dalam kalendar islam. Di dalam dunia sedang ditimpa musibah, jangan kita lupa dengan hari yang cukup istimewa ini. Tradisi Isra Miraj sudah dilakukan dan disambut meriah oleh umat muslim. Namun kita sebagai umat islan dianjurkan perbanyakkan doa dan amalan.
Peringatan Isra Miraj merupakan menerangkan perjalanan Nabi Muhammad dari Mekah ke Masjidil Aqsa dan Sidratul Muntaha. Perjalanan ini hanya ditempuh dalam semalam dengan buraq. Peristiwa ini sangatlah penting. Sebab, dalam peristiwa Isra ini pula Nabi Muhammad mendapat perintah untuk melaksanakan solat lima waktu dalam doa isra miraj.
Inilah Doa-doa dan amalan sesuai dibaca Malam Isra Mi’raj Nabi Muhammad SAW 27 Rejab 1444 Hijrah. Pada tahun 2023, Isra Mi’raj jatuh pada hari Sabtu 18 Feb 2023.
Memperbanyak Istighfar
Apabila di dalam kesusahan, amalan istighfar boleh mengangkat kesusahan kita. Dia mengingatkan, bulan Rejab sebagai bulan istighfar kerana Allah akan mengampuni seberapa pun banyak dosa kita.
Berpuasa
Dengan niat “nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunatan lillahi ta’alaa”. Bulan ini juga boleh diparikkan untuk memperbanyak puasa sunnah dalam bentuk apa pun. Seperti puasa Isnin dan Khamis.
Memperbanyakkan Doa
Ini adalah doa ketika ditimpa penyakit dan kesusahan. Doa ini amat sesuai dibacakan ketika keadaan genting seperti berlaku penularan wabak penyakit dan keadaan darurat.
Doa ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang kurang mahir membaca tulisan jawi.
Doa Ketika Ditimpa Penyakit & Kesusahan
Doa ini adalah seperti di bawah:
Ejaan Rumi:
Laa ila-ha illallahul ‘azimul halim,
Laa ila-ha illallahu robbul arsyil-‘azim,
Laa ila-ha illallahu robbus-samawaati wa robbul-ardhi robbul ‘arsyl-karim.
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah Pemilik ‘Arsy yang agung. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah Pencipta langit, Pencipta bumi, Pemilik ‘Arsy yang Mulia.
Doa Pagi dan petang
Setelah solat Subuh dan Maghrib, hendaknya seorang muslim membaca doa ini sebanyak 70 kali sambil mengangkat tangan, agar terhindar dari api neraka.
ربِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَيَّ
Doa Menjelang Malam Israj Mikraj:
“Siapa saja yang membaca doa ini pada malam 27 Rejab, akan Allah Taala ijabah segala doanya, diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya dengan aneka kebaikan.
Inilah doa sesuai dibaca malam Isra Miraj:
اللهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ بِمُشَاهَدَةِ أَسْرَارِ الْمُحِبِّيْنَ، وَبِالْخَلْوَةِ الَّتِي خَصَّصْتَ بِهَا سَيِّدَ الْمُرْسَلِيْنَ، حِيْنَ أَسْرَيْتَ بِهِ لَيْلَةَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِيْنَ، أَنِ ارْحَمْ قَلْبِي الْحَزِيْنَ، وَتُجِيْبَ دَعْوَتِي يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
Artinya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan keagungan diperlihatkannya rahsia-rahsia para ahlul mahabbah dengan kemuliaan khalwat (pertemuan tersembunyi) yang hanya Engkau berikan kepada Nabi Muhammad pemimpin para Rasul ketika Engkau berikan kesempatan kepada beliau pada malam 27 Rejab, berikanlah hatiku yang sedang galau akan kasih sayang-Mu serta kabulkan doa-doaku, Wahai yang Maha memiliki kedermawanan.
Zikir menjelang Isra Miraj
Zikir yang pernah diajarkan Nabi Ibrahim untuk Nabi Muhammad Saw ketika Rasulullah mengalami peristiwa Isra Miraj. Ketika Nabi Muhammad sampai di langit ketujuh. Nabi Ibrahim mengajarkan zikir yang nantinya menjadi tanaman subur di syurga.
Berikut ini zikir yang diajarkan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Isra Miraj yang dianjurkan dibaca oleh umat Rasulullah:
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ
Laa haula walaa quwwata illa billah
“Tidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah.”
Zikir tersebut boleh dilihat dari yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub Al Anshari ra.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَيْلَةَ أُسْرِىَ بِهِ مَرَّ عَلَى إِبْرَاهِيمَ فَقَالَ مَنْ مَعَكَ يَا جِبْرِيلُ قَالَ هَذَا مُحَمَّدٌ.فَقَالَ لَهُ إِبْرَاهِيمُ مُرْ أُمَّتَكَ فَلْيُكْثِرُوا مِنْ غِرَاسِ الْجَنَّةِ فَإِنَّ تُرْبَتَهَا طَيِّبَةٌ وَأَرْضَهَا وَاسِعَةٌ. قَالَ « وَمَا غِرَاسُ الْجَنَّةِ ». قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Ertinya:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada malam Isra’, pernah melewati Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Nabi Ibrahim ketika itu bertanya pada malaikat Jibril, “Siapa yang bersamamu wahai Jibril?” Ia menjawab, “Muhammad.” Ibrahim pun mengatakan pada Muhammad, “Perintahkanlah pada umatmu untuk membiasakan memperbanyak (bacaan dzikir) yang nantinya akan menjadi tanaman surga, tanahnya begitu subur, juga lahannya begitu luas.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Apa itu ghirosul jannah (tanaman surga)?” Ia menjawab, “Laa hawla wa laa quwwata illa billah (tidak ada daya dalam menjauhi maksiat dan tidak ada upaya menjalankan ketaatan melainkan dengan pertolongan Allah).” (HR. Ahmad, 5: 418)
Meski begitu, majoriti ulama tidak mewajibkan agar zikir itu dibaca pada malam Isra Miraj. Zikir itu bisa dibaca bila-bila sahaja dan dalam keadaan apa pun.
Solat sunat
Bangun di malam hari, lakukan solat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat, diikuti dengan solat sunat tasbih, taubat dan sunat witir.
Namun dalam keadaan kita menghadapi dugaan Allah, ini adalah doa-doa dan amalan yang dianjurkan bersama kita doa supaya negara kita dan umat islam dilindungi dengan wabak yang covid-19. Insyallah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Busana RM80 Ribu Sebagai Tanda Istimewa Ulang Tahun Ke-9, Che Ta Bersyukur Muncul Zain Dalam Hidupnya
Kemanisan dalam perkahwinan adalah apabila kedua pasangan yang telah lama bersama meraikan hari perkahwinan bersama. Setiap kali hari keramat yang istimewa tiba, sudah tentu momen-momen bersama diingati.
Setiap pasangan ada cara mereka sambut ulang tahun perkahwinan bersama, begitu juga pasangan selebriti Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah busana ‘photoshoot‘ miliknya yang berharga RM80,000!
Artikel berkaitan: “Berbaloi Mak Hang Cari Duit Nak Bayar ‘Fees’…Bukan Sikit-Sikit Duit Chek Oii…” – Che Ta Rasa Bersyukur Anak Keduanya Peroleh Double Degree
Istimewa untuk ulang tahun ke-9 bersama pasangan
Menjadi kepastian buat Che Ta dan Zain Saidin untuk meraikan ulang tahun dengan ‘photoshoot‘ ala-ala pengantin baru. Kini pilihan Che Ta menggayakan busana berwarna putih mengejutkan lagi orang ramai.
Che ta juga tidak segan untuk berkongsi di ruangan kapsyen mengenai pengalamannya menjadi ibu tunggal selama 12 tahun. Dia juga tidak putus asa dalam perkahwinan dan bersyukur di hadirkan Zain dalam kehidupannya.
“9 tahun, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000, thank you @ivanyoungofficial,
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan…kadang Allah SWT hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita…kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.” katanya.
Bukan jenis ‘control‘ tapi peka bab agama
Aktres berumur 49 tahun itu juga mengatakan peribadi suaminya itu sangat sempoi dan bukan seorang yang suka ‘control‘. Tetapi disoal bab agama, Zain sangat peka dan ‘particular‘ meski pun ada yang mengatakan dia ‘mat salleh celup’.
“Tak pernah suruh kami kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami…tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?,
“Tal sangka ‘mat salleh’ celup yang saya kahwin ini sangat particular tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha sahaja…tapi terus slowly tutup aurat, Alhamdulillah!.” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!
Dia juga tidak terlupa untuk memberikan pesanan buat para wanita di luar sanan untuk tidak berputus asa dalam perkahwinan. Jodoh itu akan muncul buat yang mencari, semuanya atas keredhaan Allah SWT.
Sumber: Instagram @rozitachewan1
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI