Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Adatlah dalam rumah tangga, adakalanya berselisih faham. Namun jangalah jadikan alasan untuk beralih arah. Jika dahulu sanggup hidup susah bersama-sama, apabila sudah mula berharta, ada suami yang sudah lupa dengan jasa dn pengorbanan seorang isteri.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan Adli di laman Facebooknya.
Kesolehahan isteri diuji di saat suami sudah tidak punya apa-apa lagi. Dan kesolehan suami diuji di saat dia punya segalanya.
Peristiwa ini memang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Dan tak kurang juga soalan-soalan yang teman dapat, “suami saya bila dah senang, dia mula main kayu tiga di belakang saya.”
Ads
Di sinilah ujian bermula:
1. Di saat suami memiliki kekayaan, pangkat, dan segala apa yang dia inginkan, di situlah ujian besar akan melanda hidup si suami. Dia mula mengabaikan tanggungjawabnya pada isteri dan anak-anak, dia mula melakukan perkara-perkara maksiat di belakang isterinya sebab dia merasakan dia boleh dapat apa saja yang dia nak.
2. Di saat isteri diuji dengan suaminya dibuang kerja, muflis, bisnes tak jadi, duit simpanan dah habis, di situlah ujian besar akan membadai si isteri. Dia mula merasakan yang suaminya tak berguna, suaminya menyusahkannya. Mula rasa menyesal berkahwin dengan dia.
Ads
Tapi, jika suami diikat dengan tali iman, biarpun dia sudah miliki kekayaan, dia tetap akan menjalankan amanahnya dengan baik sebagai suami, dan dia akan takut melakukan maksiat di belakang isterinya. Inilah tanda SOLEHNYA seorang suami.
Bila isteri diikat dengan tali iman, biarpun suaminya dibuang kerja, dia tetap setia berkhidmat untuk suaminya dan selalu membakar semangat suami untuk terus berusaha. Inilah tanda SOLEHAHNYA seorang isteri.
Cukuplah teman bawakan contoh Nabi Muhammad SAW dan Isterinya Saidatina Khadija R.ha.
Ads
Di saat Nabi SAW memiliki kekayaan sebelum zaman kenabian, Baginda tetap setia dengan Khadijah. Baginda tetap menjadi suami yang terbaik untuk Khadijah.
Di saat Baginda diangkat menjadi Nabi, Nabi sudah tidak memiliki kekayaan seperti sebelumnya, tetapi Khadijah tetap setia dengan Baginda. Di saat Baginda diuji dengan fitnah, dipulau, dihina, Khadijah tetap menjadi motivator terbaik untuk Baginda..
Wahai suami-suami sekalian (termasuklah teman ni), jadilah kita suami seperti Nabi SAW.
Wahai isteri-isteri sekalian, jadilah kalian seperti Saidatina Khadijah isteri Nabi SAW.
Setialah pada yang satu. Kukuhkan mahligai yang sedia ada dan bukannya sibuk membina mahligai baru tetapi mahligai lama diruntuhkan.
Urusan jodoh, ajal dan maut itu terletak di tangan Allah. Ada yang bercinta bertahun-tahun dan kemudiannya putus di tengah jalan tanpa sempat disatukan dalam ikatan halal. Bagi pelakon dan pengacara, Irma Hasmie ini pula kisah cintanya sebelum bertemu jodoh dengan suami cukup sweet. Dia yang pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini akhirnya tidak menyangka bertemu jodoh dengan suaminya kini di tanah suci Mekah. Kini, beliau cukup bahagia setelah empat tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Apa yang dapat diperhatikan, kehidupan keluarga Irma kini lebih kepada berlandaskan cara Islamik dan ternyata calon pilihannya itu adalah IMAM terbaik buat dirinya. Jika dilihat di laman sosial instagramya, Irma juga turut menekankan ilmu agama kepada dua orang anak-anaknya yang masih kecil. Menurut Irma juga anak-anak itu adalah anugerah paling besar dari Allah untuk kita ibu dan ayah. Dia juga turut memberi perkongsian 7 rahsia mendidik anak dari Ustaz Farid dalam perkongsian di laman Instagramnya.
A post shared by IRMA Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
Malah Irma juga turut memuat turun beberapa hadis dan salah satu adalah panduannya sebelum melakukan sesuatu kerja. Irma juga banyak memotivasikan dirinya dengan mengamalkan hadis Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupannya. Dia juga rajin berkongsi potongan ayat suci Al-Quran dengan maksud yang membawa kepada satu peringatan buat umat-Nya. Ini adalah satu satu caranya untuk berdakwah dengan followernya dan boleh dicontohi bersama.
Memang beruntung Irma dan pilihannya lima tahun lalu itu sangat tepat. Sebenarnya ada cerita di sebalik jodohnya ini dan segala-galanya sudah di takdirkan oleh TUHAN.
Menurut Irma, dia bertemu suaminya, Redza Syah kini ketika di tanah suci Mekah. Ketika itu dia mengerjakan umrah untuk kali yang ke tiga. Dan ditakdirkan Tuhan Irma telah di approach oleh emak suaminya, Datin Azizah Osman yang telah menegurnya di depan pintu Kaabah.
Ketika itu suaminya mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya. Ibunya bertanya kenapa Irma mengerjakan tawaf umrah seorang diri dan tidak takut dengan bahaya yang mungkin berlaku. Irma ketika itu menjawab dengan baik pertanyaan ibunya itu. Dan dalam kekalutan ketika itu, ibunya sempat menarik tangannya dan menjemput Irma untuk makan malan sekeluarga sempena sambutan hari jadi suaminya.
Sebaik selesai mengerjakan tawaf berkenaan, Irma terus bergegas pergi dan tanpa disangka, dia bertemu sekali lagi dengan keluarga mentuanya itu ketika mahu mengerjakan saei. Irma kemudiannya mengerjakan saei bersama-sama keluarga suaminya itu. Tetapi waktu itu Irma hanya berbual dengan ibu dan adik suaminya itu sehinggalah selesai mengerjakan saei bersama-sama.
Dan sekali lagi, ibunya mengajak Irma untuk makan malam bersama keluarga. Ajakan makan makan diterima dan pada malam itu barulah mereka sekeluarga bertanya mengenai keluarga Irma dan dia juga turut berkenalan antara satu sama lain.
Oleh sebab Irma balik dulu Malaysia, jadi sekali lagi ibunya menyampaikan hajat untuk bertemu Irma bagi menunaikan satu hasrat. Siapa sangka selepas seminggu, keluarga suaminya itu datang ke rumahnya untuk merisik dan kemudian diadakan majlis pertunangan dan akhirnya keduanya disatukan dalam satu majlis penuh meriah pada 2012.
Betapa indah sekali perjalanan cinta Irma Hsmie dan suaminya. Ternyata kota Mekah jadi saksi perkenalan mereka hinggalah disatukan dalam satu ikatan yang sah. Walaupun sudah mempunyai anak, hubungan Irma dan suami boleh dilabel ‘loving couple’. Malah Irma turut mengakui keutamaan kini hanyalah pada keluarga berbanding perkara lain. Kerja seninya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa tetapi setiap tawaran akan dipertimbangkan terlebih dahulu.
Setiap hari, kita tidak akan terlepas daripada gangguan syaitan kerana sudah menjadi tugas syaitan untuk mengganggu umat Islam. Sihir dan gangguan syaitan juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang diberikan ke atas kita.
Ada musibah yang Allah berikan akan dapat menyedarkan seseorang manusia itu dan ada juga sesetengah yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap seseorang individu itu. Sebenarnya, gangguan-gangguan ini boleh dihindari jika kita mengamalkan beberapa perkara. Cuba amalkan, insyaAllah berkesan.
1. Makan Kurma ‘Ajwa &Tamar Madinah
Amalkan mengambil kurma ‘Ajwa dan jika boleh, makan bersama tamar Madinah. Sekiranya anda tiada kedua-dua jenis kurma ini, makanlah apa sahaja kurma yang lain. Kerana sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘ajwa, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari
2. Berwuduk Sebelum Tidur
Sihir insyaAllah tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Muslim yang mempunyai wuduk. Muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal oleh para Malaikat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya.”
3. Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang Muslim itu bebas daripada gangguan syaitan. Sedangkan mereka yang bersikap sambil lewa itu akan menyebabkan syaitan berpeluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, syaitan akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan sebarang kejahatan lain.
4. Mendirikan Solat Tahajud
Sebaiknya, bangunlah mengerjakan solat malam. Mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri kita.
5. Amalkan Membaca Ayat Kursi
Amalkan bacaan ayat kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan juga sebelum tidur. Nabi s.a.w bersada yang bermaksud:
“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” – Hadis Riwayat Bukhari 2311
6. Sentiasa Berzikir
Amalkan membaca zikir pada waktu pagi dan petang. Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca: ‘Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’
(Maksudnya: Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
Zikir ini dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang.
Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun untuk mengundang datangnya rezeki, ada banyak amal ibadah yang dilakukan. Saat memulakan aktiviti di pagi hari, ada empat amalan yang boleh dilakukan untuk memperlancarkan datangnya rezeki.
1.Solat Tahajud
Waktu yang paling baik untuk solat tahajud adalah pada sepertiga malam.
Sabda Rasulullah SAW:
"Ketika kalian tidur, syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan 'malam masih panjang, tidurlah!' Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah swt, lepaslah satu ikatan, kemudian jika ia berwudu, lepas lagi ikatan berikutnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan salat, lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas". (HR Bukhari)
Solat tahajud sebenarnya turut mempengaruhi peningkatan motivasi kerja.
2. Membaca Doa Pagi Hari
Hanya kepada Allah kita meminta. Oleh itu berdoalah kepada Allah dimurahkan rezeki. Mohok keampunan pada Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata 'Siapa yang berdoa kepada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu, pasti akan Ku-beri. Dan siapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni". (HR Bukhari dan Muslim)
**media[148395]**
3. Bersedekah di Pagi Hari
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Sebenarnya sedekah boleh dilakukan pada bila-bila masa pun. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika dilakukan pada pagi hari. Ketika inilah setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari.
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa 'Ya Allah berikanlah ganti pada yang berinfaq' Sedangkan malaikat yang satunya berdoa 'Ya Allah berikanlah kebangkrutan bagi yang enggan berinfaq."(HR Bukhari dan Muslim)
4. Melaksanakan Solat Dhuha
Solat Dhuha memang banyak keistimewaan dan barakahnya. Solat Dhuha dua rakaat, setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan apabila kita melaksanakan solat dhuha empat rakaat maka Allah SWT akan menjamin atas rezeki kita.
Sabda Rasulullah SAW:
"Engkau membersihkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat duha sudah mencukupimu"(HR Abu Dawud)
Selain empat amalan ini, zikir di pagi hari juga mampu 'memgundang' rezeki. Cuba amalkan ke semua amalan menjemput rezeki ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...