Setiap pasangan pasti inginkan momen bersama di simpan untuk selama-lamanya. Siapa sahaja mahu melupakan setiap kenangan manis yang dicipta bersama, tiada siapa juga mahu momen itu hilang begitu sahaja.
Kejutan dari isteri pelakon Thor, Chris Hemsworth, tampilkan diri pada makan malam mereka dengan solekan ‘tua’. Tujuannya adalah untuk membuatkan Chris ingati wajahnya menjelang hari tua mereka.
Satu ‘temu janji’ yang cukup istimewa…
Cukup dikenali dengan watak Thor Marvel, Chris Hemsworth telah mendedahkan dirinya yang menghidap penyakit Alzheimer berpunca dari faktor genetik. Keputusan itu di maklumkan pada November 2022 ketika menjalani rakaman sebuah series National Geographic berjudul ‘Limitless’.
Artikel berkaitan: Hampir Buta Disebabkan Kegilaan Makan Makanan Viral, Jangan Ingat Muda Kurus Tak Ada Penyakit!
Dia juga mengambil keputusan untuk meneruskan karier seninya dan ingin lebih fokus kepada keluarga dan kesihatannya. Chris juga tidak boleh membayangkan dirinya lupa segala memori dan suka-duka yang pernah di laluinya bersama isteri dan anak-anak.
“Saya tak boleh bayangkan saat di mana semua memori bersama isteri dan anak-anak akan hilang…itulah perkara yang sangat menakutkan buat saya.” ujarnya dalam salah satu episode ‘Limitless‘.
Isterinya, Elsa Pataky, membuat keputusan untuk tampil dengan solekan menunjukkannya seolah-olah berumur 87 tahun. Video perkongsian oleh pemilik akaun @ZareenH_s itu menunjukkan bertapa terkejutnya Chris melihat Elsa. Namun, dia tetap merangkul erat dan menyayangi isterinya yang tercinta.
Have you seen the video of Chris Hemsworth & his wife (who dressed as an old lady) bcs she wants him to see the older her so maybe he’ll remember her in the future?
This is after they found out he has high risk of alzheimers & the disease could start to progress anytime 💔💔💔 pic.twitter.com/z1PWoOZ0rV
— zrnhs (@ZareenH_s) January 6, 2023
Ramai reaksi daripada warganet apabila melihat pautan video itu. Ada juga yang mengharapkan agar Chris masih ingat rupa isterinya walau apa yang terjadi.
Kenali penyakit Alzheimer
Menurut Hellodoktor, Alzheimer merupakan satu penyakit progresif yang menyebabkan penghidapnya akan lupa ingatan dan fungsi masalah mental penting yang lain. Pesakit Alzheimer akan mula alami kekeliruan untuk mengingati sesuatu perkara dan akan mula melupakan orang yang penting dalam hidup mereka juga melalui perubahan personaliti yang ketara.
Perubahan masalah mental yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer ini seperti:
- Ingatan
- Berfikir secara rasional
- Membuat keputusan
- Merancang atau melaksanakan kerja yang biasa dilakukan
- Perubahan personaliti dan tingkahlaku
Artikel berkaitan: Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime
Faktor-faktor yang merisikokan penghidap Alzheimer adalah seperti berikut:
- Umur: peningkatan umur merupakan faktor risiko yang paling terkenal bagi Alzheimer. Risiko akan bertmbah tinggi selepas seseorang mencapai umur 65 tahun dan ada juga yang menghidap seawal usia 30-an jika alaminya oleh kerana genetik.
- Keluarga dan genetik: Risiko lebih tinggi jika ibu, bapa, atau saudara terdekat menghidap penyakit ini.
- Sindrom Down: Kebanyakan pesakit Sindrom Down alami penyakit Alzheimer ini. Tanda-tanda dan gejala penyakit ini muncul dari sekitar umur 10 hingga 20 tahun.
- Jantina: wanita lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding lelaki.
- Kerosakan kognitif ringan: Orang yang alami masalah kognitif ringan (MCI) menghadapi masalah ingatan atau gejala penurunan kognitif yang lebih buruk daripada yang dijangkakan.
- Trauma di kepala: mereka alami trauma di kepala yang teruk sehingga merisikokan penyakit Alzheimer yang lebih besar.
Sumber: NDTV, Twitter @ZareenH_s, dan Hellodoktor
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI