Isteri kepada pelakon kacak Indonesia, Baim Wong kini tampil dengan imej baharu yang manis bertudung sehingga meraih pujian serta doa.
Malah, gayanya yang stylish turut menjadi inspirasi fesyen khususnya di kalangan hijabi.
Paula Verhoeven dilihat sering berkongsi koleksi gambarnya yang bertudung di platform media sosial.
Terdahulu, Paula Verhoeven pernah menjadi muse untuk pertunjukan fesyen Ramadan rakan-rakannya iaitu Zaskia dan Shireen Sungkar.
Selepas Ramadan dan bercuti ke Semarang, Paula Verhoeven dilihat tidak lagi menanggalkan tudungnya.
Walaupun bertudung, Paula Verhoeven tetap tampil stylish
sesuai dengan tubuhnya yang tinggi dan langsing.BACA JUGA: Tak Lepas Untuk Kongsikan Umrah Bersama Tercinta, Isteri Baim Wong Titip Rasa Syukur
Sebagai seorang model profesional, Paula Verhoeven bijak menyuai padan pakaian dan tudung yang dipakainya.
Berikut beberapa foto terkini Paula Verhoeven sebagai inspirasi fesyen buat hijabi.
Paula Verhoeven sentiasa kelihatan stunning and gorgeous walaupun bertudung serta menutup aurat.
Paula Verhoeven mengenakan tudung jenis pashmina yang dipadankan dengan vest hitam dan inner baju berlengan panjang. Seluar kargo denim melengkapkan penampilan.
Paula Verhoeven kelihatan cantik dan selesa dengan jubah labuh yang digabungkan dengan tudung rona senada.
Nampak ringkas apabila Paula Verhoeven menggabungkan seluar hitam dengan baju berwarna biru dengan motif bunga. Dia juga memakai tudung yang dililit di lehernya.
Paula Verhoeven kelihatan sangat menawan dengan pakaian dan tudung serba putih. Dia juga memakai kasut dari warna yang senada.
Isteri Bertudung, Baim Wong Luah Kesyukuran
Suami kepada Paula Verhoeven iaitu Baim Wong meluahkan kesyukuran apabila isterinya itu memutuskan untuk bertudung.
Lebih istimewa, ‘penghijrahan’ isteri tercintanya itu menjadikan sambutan hari jadi Baim Wong tahun ini sangat bermakna.
“Mudah-mudahan, insya-Allah ada hidayah dalam apa yang kamu lakukan, kamu akan menjadi lebih baik, kamu akan lebih tahu tentang kehidupan, kamu akan menjadi lebih matang. Sebagai suami, aku hanya mampu membimbing sahaja,” ungkap Baim Wong.
Menurut Baim Wong, tiada sebarang paksaan mahupun tekanan sebaliknya keputusan itu dibuat atas kehendak isterinya sendiri selepas mereka pulang daripada umrah suatu ketika dahulu.
“Saya tidak pernah memaksanya. Tiba-tiba cakap nak pakai tudung. Saya kata boleh,”
kata Baim yang kini berusia 43 tahun.Semoga Paula Verhoeven kekal istiqamah dan bahagia selamanya bersama suami dan anak-anak tersayang.