Isteri Alieff Irfan Kongsi Rezeki Ramadan, Menghadiahkan Sebuah Kereta Buat Pakcik ‘Grab’

Share

Isteri kepada Youtuber terkenal Alieff Irfan yang dipanggil Belle berkata, dia terharu selepas berkongsi video yang tular di media sosial.

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan seorang lelaki tua tetap gigih mencari rezeki walaupun sudah tua dan dalam keadaan “sakit”.

Artikel Berkaitan : Hafiz Mahamad Ingin Membantu Peniaga Bazar Ramadan Yang Berdepan Nasib Buruk Gerai Terbakar.

Berdasarkan perkongsian itu, pemilik bernama Nurul Nabilah Aliah Hamzan, 28 tahun, memutuskan untuk menghadiahkan sebuah kereta bagi memudahkan bapa saudara itu melakukan segala aktiviti harian termasuk mencari rezeki.

 “Jadi, Bella membuat keputusan di bulan puasa yang mulia ini, Bella nak kongsi rezeki, hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya.

“Jadi pakcik dah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apapun, pakcik tetap kena jaga diri,”ujarnya.

Bella berkata, doktor juga tidak mengesyorkan pakcik itu menunggang motosikal kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik.

“Pakcik ni sakit belakang, jadi doktor sarankan tidak galakkan bawa motor dah…

“Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan dan murah rezeki.. harap raya ni pakcik akan lebih happy.

“Terima kasih atas perjuangan pakcik selama ni,”tulisnya lagi.

Artikel Berkaitan : Satu Misi Yang Cukup Sukar Walaupun Sakit Farah Lee Gagahkan Diri Bantu Mangsa Di Turkiye

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen, di mana mereka turut gembira kerana Belle dan suami sudi berkongsi rezeki dan mendoakan agar dipermudahkan urusan.

Alhamdulillah, terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki – Netizen mendoakan Belle dan suaminya. 

Sekadar info, suami kepada Belle iaitu Alieff Irfan merupakan selebriti Youtube yang gemar memuat naik video drama pendek dan parodi yang mencuit hati penonton.

Sumber : Instagram Bellestrelle

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Farah Zulaikha