Islam Akhirnya Membuka Jalan Dirinya Bertemu Ketenangan Hidup, Marcell Akui Sudah 12 Tahun Mualaf

Share

Umum mengetahui perkahwinan di antara Marcell dan Rima Melati pada 2009 menimbulkan tanda tanya apabila perkahwinan yang dilangsungkan dalam suasana berbeza agama. 

Namun ternyata, tiga tahun selepas berkahwin penyanyi bersuara lunak ini telah mememeluk agama Islam. Kongsinya, “Orang ucap tahniah saya masuk Islam ternyata ramai tak tahu saya dah peluk Islam sejak 2012.”

Marcell akui selama ini ramai yang tidak pasti dengan pegangan agamanya. Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu dia bukan sengaja menyembunyikan perihal berkaitan kepercayaan agama atau spiritual itu, sebaliknya dia akui bukan mudah buat dirinya berkongsi secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang Mendedahkan Wajah Isterinya, Kenali Rima Edbouche Tunggak Kejayaan Dembele Pemain Bola Sepak ‘Barcelona’

Jarang berkongsi

“Pertama kali berpuasa pada tahun 2012 setelah menganut agama Islam, sejak dahulu, pencapaian spiritual itu bukan sesuatu yang bukan saya boleh kongsi dengan kebanyakan orang.

“Apatah lagi, saya jenis orangnya banyak belajar latar agama dan kepercayaan. Saya mempelajari banyak kebaikan-kebaikan dari setiap kepercayaan.

“Jadi, untuk berkongsi perkara seperti ini tidak gampang (mudah). Tidak semua orang boleh terima,” katanya ketika ditemubual oleh Astro Gempak.

Tutup diri dengan kesombongan

Suami kepada pelakon asal Singapura, Rima Melati itu memberitahu Islam akhirnya membuka jalan dirinya bertemu ketenangan hidup. Untuk pengetahuan pembaca Hijabista, hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata.

“Kita harus buka membuka itu (tenang) untuk datang. Kalau kita sudah menutup diri dalam erti dengan kesombongan dan ketikdakikhlasan, ketenangan tidak akan datang.

“Percayalah. Jangan sampai kita anggap bahawa kedamaian jiwa, kebahagiaan bahkan kasih sayang sesuatu yang patut dikejar. Ia ada di mana-mana. Hanya tinggal kita buka ‘jendela-jendelanya’, ia akan datang dengan sendiri.

“Kalau jendela yang saya maksudkan itu dibuka, bermakna kita sudah ikhlas melepaskan. Kita perlu nikmati ibadah kita. Dalam solat, tahajud atau apapun atau puasa, nikmati momennya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Kontroversi Berhijab Di Pertandingan Ratu Cantik Miss Indonesia, Hijabi Ini Kini Bergelar Doktor

“Puasa itu tidak bermakna menahan lapar. Solat itu bukan hanya satu rutin yang dilakukan depan sejadah. Atau fikir surah al-Fatihah itu hanya sekadar surah pembuka al-Quran,” ujarnya bagaimana agama mengajar mencari ketenangan dan erti reda.

Penyanyi terkenal Indonesia ini berkongsi mengenai perkara tersebut semasa sidang media konsert Marcell Dua Dekade Live in Kuala Lumpur di ibu negara, semalam. Konsert anjuran The Jay Events & Media itu bakal berlangsung pada 9 Disember 2022 bertempat di Zepp KL.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber : Astro Gempak

Published by
SH