Pelakon dan pengacara terkenal iaitu Irma Hasmie, 40, meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini telah memuat naik hantaran di Instagram dan menyatakan bahawa dia berasa bahagia apabila dapat bermusafir bersama keluarganya di Tanah Suci disamping anak-anak tercinta.
“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.
“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi,” tulisnya.
View this post on Instagram
Tambahan itu, dia turut berkongsi mengenai momen-momen indah bersama anak-anaknya ketika berada di Tanah Suci Makkah.
“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah.
“Pastu tak sangka سبحان الله dapat merasa pengalaman hujan batu(ais) di tanah suci Makkah,” kongsi pelakon drama Aliff Firdaus itu.
Berharap kepulangannya diredai Allah SWT
Dalam hantaran yang sama, Irma turut memohon kepada Allah SWT agar menerima taubat dan permintaan semua serta berharap kepulangannya dari Tanah Suci itu diredaiNya.
“Pada semua yg kirim doa… Semoga Allah menerima taubat kita, moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita…
“Dah balik ni memang rasa rindu sangat…Semoga kepulangan kami berserta dengan redha dan keampunan Allah SWT.
“Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak2 kebaikan, bahagia dunia akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga” doa Irma.
Tambahan itu, Hijabista sempat meninjau ke ruangan posting yang lain dan melihat Irma juga sempat membawa anak-anaknya, Irfhan dan Naylie menziarahi Masjid Quba dan Telaga Iziq.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Takutnya Baca Perkongsian Irma Hasmie, Sengaja Lewatkan SOLAT. Neraka Tempatnya!
Rakan artis dan para peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen dan mendoakan buat pelakon itu. Mereka juga berharap agar dapat menjejakkan kaki kesana suatu hari nanti.
“Masyaallah sis, seronoknya ada kat sana. Semoga peroleh umrah mabrur…”
“Bestnya…masyaallah❤️…doakan saya & keluarga dijemput ke sana juga…amin yarabalalamin ”
“Alhamdulillah..semoga sihat dan barakah utk akak sekeluarga”
“Seronok tgk muka akak bersama ank² kat sana. Nampk bahagia sgt..subhanallah. Doakan saya juga ye kak irma…”
Artikel berkaitan: “Fitrah Manusia Hendak Jadi Lebih Baik,” – Irma Hasmie Akui Perubahan Merangkumi Semua Aspek, Hargai Kehidupan
Sekadar info, Irma Hasmie telah mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012 dan mereka dipertemukan kali pertama di kota Mekah ketika sedang menunaikan umrah.
Sumber: Instagram Irma Hasmie
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI