‘Invalid ID’! Gagal Login MySejahtera, Ini Cara Reset Akaun Bagi Anda Yang Terlupa Password Juga

Share

Aplikasi MySejahtera adalah antara aplikasi yang paling penting bagi rakyat Malaysia. Menjadi satu masalah kalau tidak boleh log in, masuk password dan kata nama tidak di terima walhal betul.

Ada juga yang menghadapi situasi ini apabila reinstall aplikasi MySejahtera dan tiba-tiba mengalami masalah untuk login. Memang tak senang duduk dibuatnya apatah lagi anda berada dalam permis yang wajib mengimbas aplikasi MySejahtera.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Jom hijabista kongsikan cara yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ini.

Gagal Login MySejahtera

Terdapat sebab tertentu mengapa kita gagal login Mysejahtera. Langkah dibawah ialah bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

Clear Data Di Bahagian Setting

Langkah 1

Pergi ke bahagian Setting telefon anda.

Langkah 2

Pilih aplikasi MySejahtera.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Kalut Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai. Ini Langkah Mudah Tukar Ke Status Biru

Langkah 3

Tekan pada Storage Usage.

Langkah 4

Tekan Clear Data.

Sila cuba login semula. Andainya anda masih gagal sila cuba langkah seterusnya

Cara Reset Semula Password MySejahtera

Reset Password MySejahtera (No Telefon)

Sekiranya user ID anda adalah No Telefon anda:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik pada Forget Password
  3. Masukkan No Telefon anda dan klik Submit
  4. Anda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut
  5. Masukkan Password baru anda Pada Ruangan Password
  6. Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
  7. Tekan pada Reset Password.

Atau;

Penting: Buka Link ini melalui Browser dan elakkan mengunakan Apps Mysejahtera.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Telefon Hilang! Mudah Sangat Nak Padam Akaun Mysejahtera Pada Telefon Lama.

Reset Password MySejahtera (Email)

Sekiranya user ID anda adalah email anda:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik pada Forget Password
  3. Klik pada My user ID is an email
  4. Masukkan email anda dan klik Submit
  5. Anda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut
  6. Masukkan Password baru anda Pada Ruangan Password
  7. Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
  8. Tekan pada Reset Password.

HelpDesk MySejahtera

Jika masih tak berjaya, request delete ID Email melalui Helpdesk di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ 

  • Pilih option C – G (padam akaun) – Pilih registered ID Email
  • Helpdesk tengah down sekarang, mugkin tak boleh nak request delete akaun. Boleh request manual, baca caption dekat gambar.
  • Daftarkan semula akaun MYSJ melalui link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/

Penting: Buka Link ini melalui Browser dan elakkan mengunakan Apps Mysejahtera.

Maklumat Lanjut

Sila layari pautan HelpDesk MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

SUMBER: Portalinfo.my

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Published by
SH