Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
KONGSI TIP
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
TAK SANGKA JADI VIRAL
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NRHWZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI