Instafamous Korea, Ayana Moon Teruja Pertama Kali Sambut Ramadhan Bersama Adik

Share

Instafamous mualaf terkenal dari Korea, Ayana Moon melahirkan rasa syukurnya apabila kini dia mempunyai teman untuk menyambut Ramadhan apabila adiknya, Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei tahun lepas.

Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, Ayana turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa. Luah Ayana, hubungan dia adiknya juga turut bertambah akrab setelah adiknya memeluk Islam.

“Setelah adik saya masuk Islam, dia memang menjadi sahabat saya. Sebelum ini, kami hanya berbicara tentang pelajaran dan isu sosial tapi kini kami boleh berbicara tentang agama kami dan masa depan kami dalam Islam.

Saya sangat seronok kerana saya punya teman yg baik dan pintar. Sejujurnya, hubungan kami lebih baik dari sebelumnya apabila memiliki agama yang sama. Alhamdulillah.”

Ayana,25, sebelum ini pernah tular di media sosial apabila kisah penghijrahannya mendapat perhatian ramai. Dia telah memeluk Islam pada tahun 2012 sebelum adiknya pula mengikut jejaknya apabila melafazkan dua kalimah syahadah di di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan tahun lepas.

 

Published by
Qistina