Instafamous Beby Tora Tora Target RM1 Juta Dalam Akaun-“Saya Memang Tak Pakai Beg Mahal, Tak Bercuti Luar Negara, Tak Hidup Mewah”

Share

Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie yang mempunyai lebih setengah juta pengikut di laman Instagram bercerita tentang kisah hidupnya. Berasal dari latar belakang keluarga yang hidup dalam kesusahan, Beby Tora Tora berjaya mengubah taraf kehidupannya.

Meskipun selebriti media sosial yang terkenal dengan video ulasan makanan ini dihina dengan bentuk fizikalnya namun dia tetap tabah. Malah wanita ini punya wawasan yang tinggi dan semakin hampir menggapai apa yang direncanakan.

Ini perkongsian Beby Tora Tora.

Terlebih dahulu ingat meminta maaf jika ada salah silap selama ni. Yang membenci saya, maafkan saya ya. Kalau dengan melihat saya anda rasa tertekan dan tidak suka melihat semua video saya ..alhamdulillah syukur dengan kehidupan yang ALLAH beri pada saya.

Saya hidup susah ..hidup dengan tokwan dan tuk dengan mama saya juga di kampung. Mereka yang menjaga saya, kakak dan adik. Dulu mama saya bertukar banyak keja untuk besarkan kami ..rumah tokwan bumbung bocor sana sini.

Setiap kali hujan tokwan akan tadah air hujan dengan besen ..sedih tengok tokwan ..mama saya berpuluh kali kerja dengan orang tapi orang aniaya .ramai orang mengata keluarga kami susah ..ramai orang pandang rendah dengan mama sebab mama kami janda ..

Tak pernah merasa ada kereta dari kecik sampai la ke besar ..tumpang kereta adik beradik ja setiap kali raya ..tapi rezeki Allah bagi berlipat ganda sejak saya masuk kolej ..saya dapat beli mak saya kereta. Dapat belanja keluarga saya ambik lesen.

Saya dapat perbaiki rumah tokwan saya habis sampai 50k tapi tokwan takdan nak tengok semua tu sebab dia pergi dulu ..saya dapat achieve kereta pertama saya cash pada tahun 2018 ..saya achieve kereta kedua saya pada tahun 2020 ..

Saya memang tak pakai beg mahal, tak bercuti luar negara, tak hidup mewah macam orang kat luar sana ..sebab saya lebih suka menyimpan hasil yang saya dapat dan achieve apa yang saya nak dalam hdup ..saya target 1 juta dalam bank saya dan saya akan achive tak lama lagi.

Sekarang saya tengah menyimpan untuk beli rumah saya sendiri ..sya nak achieve sebuah rumah pulak lepas ni ..saya tak pernah minta duit sesiapa. Saya tak pernah minta orang follow saya.

Saya berdikari atas kaki saya sendiri ..tapi saya berterima kasih kerana tanpa anda siapa lah saya ..Saya berjaya bahagiakan keluarga saya dan keluar dari zon hidup yang susah

Saya belajar ikat perut waktu duduk di asrama dan belajar bayar yuran sendiri tanpa susahkan mama saya ..kalau saya makin gemuk, tolong jangan condemn ..Allah kurniakan rezeki suami yang baik, yang penyayang, bertanggungjawab tapi Allah belum beli rezeki zuriat.

Anda tak tau saya struggle macam mana nak kuruskan badan. Berkatalah yang baik di bulan Ramadan. Maafkan saya. Insyallah saya akan berhenti buat review tak lama lagi.

Sumber kredit: Instagram Beby Toratora

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza