Instafamous yang terkenal dengan video dan gayanya yang menarik dalam mempromosikan makanan iaitu @beby_toratora atapun nama sebenarnya Atierah Zulfatie telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Apit Johari.
Difahamkan, Atierah atau lebih mesra dipanggil Tirah telah melangsungkan pernikahannya pada 1 Mac yang lalu.
Tiga hari yang lalu, Vivy Yusof yang juga merupakan pengasas jenama tudung terkemuka, dUCk Scarves secara rasmi telah mengumumkan berita kehamilannya menerusi Instagram dan juga penulisannya di dalam sebuah surat khabar tempatan. Alhamdulillah, tahniah Hijabista ucapkan kerana Vivy Yusof bakal menimang cahaya mata yang ke-3. Patutlah wajah Vivy nampak semakin berseri-seri
Rata-rata netizen gembira dan teruja apabila idola mereka mengumumkan berita kehamilan ini. Beribu ucapan tahniah membanjiri komen di Instagram Vivy Yusof. Posting ini telah mendapat 167,162 likes serta 7,580 komen setakat ini. Hasil perkahwinan bersama Fadza Anuar, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan dua orang anak yang cukup comel iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
Vivy sememangnya dikenali menerusi #OOTD yang cukup stailo. Setiap hari, pasti ada sahaja #OOTD yang akan dimuat naik di Instagram miliknya sehingga menjadi ikutan hijabi di luar sana. Jadi, ayuh kita lihat 10 #OOTD Vivy Yusof yang cukup menawan dan memukau ini.
Sering melakukan siaran langsung ataupun IG Live sewaktu tempoh PKP ini, selebriti terkenal iaitu Neelofa mengujakan para peminatnya apabila dia cuba untuk menyanyikan lagu rap bersama penyanyi rap remaja iaitu Bunga.
Dalam ‘live’ tersebut, Bunga dilihat cuba mengajar Neelofa cara yang betul untuk menyanyikannya mengikut lenggok yang tertentu. Anda bolehlah cuba menyaksikan telatahnya dalam video ini!
Pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita memang sangat besar. Pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi seperti morningsickness dan lain-lain lagi sewaktu mengandungkan kita. Seperti Hanis Zalikha yang sedang hamil anak kedua, dia juga ada kisahnya yang tersendiri sewaktu hamil.
Hanis Zalikha mengakui dia menghadapi morning sickness yang teruk sewaktu mengandungkan anak pertamanya, Yusuf Iskandar.
Gaya kita waktu mengandung biasanya ikut ibu kita..
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Mummy semua kena kuat semangat!
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau. Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Akhirnya pengorbanan ini akan berbaloi juga, InsyaAllah!
Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol. Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat2. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua ???
Sebak rasanya bila baca kisah Hanis ini kan? Begitulah pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sangat dikasihi untuk lahir ke dunia dengan sihat. Hijabista doakan agar segala urusan MommyNis dipermudahkan dan sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu. Amin!
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!