Gaya pempengaruh dan vlogger fesyen terkenal dari Belanda, Ruba Zai sering menjadi inspirasi ramai wanita seluruh dunia. Ruba Zai sememangnya terkenal dengan ‘kepakarannnya’ menggabungkan elemen kasual dan formal dalam setiap Outfit of the Day (OOTD).
Berikut beberapa inspirasi OOTD gaya Ruba Zai yang membolehkan anda kelihatan kasual hingga formal.
Gaya Santai
Ruba Zai sering menggabungkan gaya kasual dalampenampilannya. Contohnya, seluar jeans yang dipadankan dengan baju kasual dan blazer.
Kasut tumit tinggi atau but paras buku lali menjadikan penampilan nampak lebih elegan. Dalam penampilannya, Ruba Zai bijak menyelaraskan warna dan tekstur outfit.
Elegan Dengan Maxi Dress
Gaya lain yang sering ditampilkan oleh Ruba ialah maxi dress. Outfit ini boleh menjadi pilihan yang sempurna untuk kelihatan formal.
Warna neutral seperti hitam dan perincian menarik seperti lipatan atau aksen pinggang memberikan penampilan yang elegan.
Lengkap Berhijab
Ruba Zai juga dikenali sebagai seorang pempengaruh fesyen hijab. Gaya hijabnya sering menjadi inspirasi di kalangan wanita Muslim. Anda boleh mengambil inspirasi daripada OOTD ala Ruba Zai dengan memilih hijab yang sesuai dengan outfit. Pilih hijab dengan warna dan pola yang sesuai dengan outfit
BACA JUGA: Elak Jadi Mangsa Fesyen, 5 Perkara Ini Perlu Hijabi Lakukan Setiap Hari
Aksesori
Aksesori adalah kunci utama bagi mengimbangi gaya kasual dan formal. Ruba Zai sering memakai aksesori yang berani dan beg cantik.
Pilih rantai leher atau anting-anting untuk penampilan formal, manakala beg dengan reka bentuk unik boleh menambah sentuhan istimewa pada penampilan kasual.
Solekan Anggun
Selain fesyen, solekan juga bahagian penting dalam penampilan Ruba Zai. Solekan elegan dengan gincu yang sepadan dengan outfit dapat menyerlahkan gaya. Sesuaikan solekan dengan outfit dan acara yang dihadiri.
Kesimpulannya, gabungan kreativiti dan keselesaan adalah kunci utama dalam inspirasi gaya Ruba Zai khususnya dalam pemilihan outfit
, aksesori dan solekan.