Ringkas, sopan, moden dan elegan. Begitulah ciri-ciri inspirasi gaya tudung Dewi Sandra yang cukup eksploratif namun tetap menawan! Dewi Sandra merupakan penyanyi dan model Indonesia berketurunan Inggeris-Betawi.
Menjengah ke akaun media sosialnya, Dewi Sandra yang berhijab sejak 2013 ini sering menggabungkan pelbagai warna dalam penampilan hariannya.
View this post on Instagram
Hijabista kongsikan 7 inspirasi gaya tudung Dewi Sandra yang mudah dicuba dan eksploratif. Sangat menawan!
Tudung Bercorak Dengan Jaket & Cermin Mata
Tidak selalu tampil feminin dalam pelbagai majlis terutama di pertunjukkan fesyen, Dewi Sandra sering dilihat berani memadukan penampilannya dengan pelbagai aksesori. Untuk penampilan moden ini, Dewi Sandra menggabungkan tudung bercorak dengan jaket dan cermin mata kontemporari.
Tudung Warna Pastel Untuk Gaya Feminin
Dewi Sandra sering dilihat memakai tudung berwarna pastel. Pilihan warna ini sesuai untuk ton kulitnya yang cerah. Selain memberikan wajah lebih cerah, pemilihan tudung dalam warna pastel juga menjadikan penampilannya lebih feminin.
BACA JUGA: Kacukan Inggeris-Betawi DEWI SANDRA Kini Sukses Sebagai Usahawan Jenama Fesyen Muslimah
Tudung Bercorak Bersama Topi
Ketika melancong ke luar negara, Dewi Sandra bijak menggayakan tudungnya. Salah satunya ialah penampilannya dalam foto ini. Dia menggabungkan tudung bercorak bersama barret. Untuk penampilan yang lebih on-point, Dewi Sandra mengoleskan gincu merah pada bibir.
Warna Pastel Untuk Penampilan Lebih Segar
Tidak dinafikan, Dewi Sandra sangat menggemari pakaian berwarna pastel. Contohnya dalam foto ini. Dewi Sandra memadankan tudung bercorak dengan jubah biru dan pink lembut. Gabungan kedua-dua warna ini menjadikan penampilannya lebih segar dan sesuai untuk tona kulitnya.
Aksesori Tudung Untuk Penampilan Lebih Garang & Tegas
Aksesori untuk tudung tidak semestinya kerongsang. Boleh memakai aksesori kepala untuk tudung. Gabungan ini memberikan gambaran eksotik Timur Tengah tetapi pada masa yang sama ia juga kelihatan garang.
Monokrom Dengan Gaya Feminin
Selain pastel, Dewi Sandra juga sering dilihat memakai warna gelap seperti hitam. Untuk tetap memberikan kesan feminin, Dewi Sandra menggandingkan jubah hitam bercorak putih dengan tudung polos warna yang sama. Dewi memilih untuk mengekalkan penampilannya yang ringkas tanpa memakai sebarang aksesori. Namun, penampilannya tetap nampak anggun.
Bermain Motif Dengan Warna Cerah
Dewi Sandra merupakan seorang selebriti yang bersifat eksploratif dalam soal penampilan. Dia berani menggabungkan jubah bercorak dengan tudung serupa. Untuk tampil berbeza, Dewi menggabungkannya dengan topi bercorak dan gincu merah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI