Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun serta elegan.
Jika dilihat pada koleksi outfit wanita berusia 28 tahun ini, Irish sering menggabungkan pleated skirt dan seluar pelbagai warna dengan gaya tersendiri.
Irish, yang aktif berkongsi outfit check di Instagramnya, sentiasa memberikan inspirasi baharu untuk pengikutnya.
Gaya Irish yang nampak berkelas membuatkan ramai terinspirasi.
Berikut beberapa inspirasi gaya hijab Irish Bella yang boleh dijadikan inspirasi: –
Gaya kasual bersama dua anaknya, Irish memilih pleated skirt rona pink lembut dan blazer putih. Dengan pose bersahaja sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, Irish mempamerkan aura manisnya yang tersendiri.
Formal namun tetap stylish! Irish menggabungkan blazer coklat dengan skirt putih menyerlahkan aura elegan. Gaya ini sesuai untuk acara formal atau ke pejabat khusus buat hijabi yang ingin kelihatan profesional tetapi masih bergaya.
Irish memilih nuansa nude senada dari bahagian atas hingga ke kaki. Cermin mata hitam menjadi pelengkap gaya. Ringkas namun tetap elegan!
Sling bag berwarna coklat, topi dan blazer hitam menjadi pilihan Irish untuk gaya stylish dan edgy ini.
BACA JUGA: Masjid Sebagai Mas Kahwin IRISH BELLA Kembali Bergelar Isteri, Pilih Jutawan Minyak Sebagai Suami