Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Nycta Gina antara salah seorang usahawan selebriti Indonesia yang berjaya mengusahakan perniagaan tudung dan busana Muslimah yang stylish serta berkualiti.
Wanita berstatus isteri dan ibu ini menunjukkan keberanian dan kreativitinya dalam menerokai dunia perniagaan fesyen tudung.
Selain bergelar selebriti dan pengacara, Nycta Gina yang lebih dikenali sebagai Jeng Kelin ini melancarkan jenama tudung peribadinya, Trinycta pada 2018.
Trinycta menawarkan pelbagai model tudung seperti pashmina dan tudung empat segi. Selain tudung terdapat juga khimar, dress dan blouse yang dijual.
Dengan variasi warna yang menarik di samping pelbagai model dan motif, koleksi tudungnya sangat sesuai digunakan untuk aktiviti harian.
Diperbuat daripada material voal dan tyrex, Trinycta menawarkan harga mampu milik.
Dengan pelbagai pilihan dan rekaan yang menarik, Trinycta sering menjadi pilihan bagi pencinta fesyen Muslimah.
BACA JUGA: YULIA ASTUTI Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia, Miliki Dua Anak Berkeperluan Khas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bridal Couture OKI SETIANADEWI Ini Bukan Saja Cantik, Tapi SANTUN & PATUH SYARIAH Buat Ratu Sehari
Pelakon popular Indonesia ini cukup ligat dalam aktiviti hariannya walaupun kini sarat hamil anak ketiganya. Jika diintai di laman instagramnya, ada bermacam-macam aktiviti yang dilakukan dan Oki yang juga dipanggil ustazah ini melakukan dakwah dengan cara tersendiri. Melihat senyuman terukir dengan kata-kata nasihat yang cukup lembut dilontarkan di bibirnya menjadikan hadirin yang datang akan terpaku dan terpesona.
Oki yang merupakan juri Gema Gegar Vaganza musim lalu ini lahir pada 1989 dan popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Ternyata watak itu meninggalkan kesan amat mendalam di jiwa penonton yang menyaksikan filem berkenaan.
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada 2005, Oki dilihat lebih banyak menumpukan perhatian pada aktiviti kemasyarakatan dan menumpukan perhatian pada bisnes. Penampilannya yang dilihat cukup stailo biarpun dengan dress dan hijab labuh, namun agak lain daripada kebiasaan yang kita selalu lihat.
Sememangnya Oki yang juga dipanggil ustazah ini cukup bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah, Oki kemudiannya melebarkan sayap dalam perniagaan fesyen dengan membuat rekaan couture untuk fesyen pengantin Muslimah pada 2016 lalu. Menurutnya Okisetianadewibridal dilancarkan kerana dia suka melihat wanita berpakaian cantik umpama bidadari di hari perkahwinan mereka,.
Sangat menarik sekali Bridal Couture yang diketengahkan Oki yang mempunyai follower 6 juta di laman IGnya. Masih nampak bergaya biarpun rekaannya labuh, longgar dan memang memenuhi ciri-ciri pengantin Muslimah. Apa yang penting, Oki menerapkan eleman sopan, anggun dan memilih rona pastel dalam setiap rekaannya.
Jom kita lihat koleksi pengantin Muslimah dari Oki Setiana Dewi berkonsepkan ‘fairy tale princess’ yang boleh dijadikan idea buat mereka yang mahu bergelar Raja Sehari. Tidak perlu rekaan yang menampakkan susuk tubuh, sebaliknya Bridal Couture ini mampu memenuhi cita rasa penggemarnya.
#1. Belajarlah dari pasangan yang mampu hidup bahagia sampai tua
#2. Pernikahan tak akan bertahan tanpa kesetiaan. Dan, kesetiaan tak akan bertahan lama jika tidak diberi pupuk penguat
#3. Pernikahan bagaikan rantai dari cincin emas, diawali dengan secercah sinar terang dan diakhiri oleh keabadian
#4. Mimpi kami adalah mewujudkan mimpi semua orang dalam pernikahannya
#5. Amazing design yang ditonjolkan
#6. Rona pastel jadi pilihan
#7. Wedding dress patuh syariah
#8. Menarik dalam persalinan putih
#9. Penampilan penuh mempesona
#10. Tarikan tersendiri
Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Ini Tetap Stailo Walaupun Berjubah & Hijab Labuh
KREDIT FOTO: INSTAGRAM OKISETIANADEWIBRIDAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Replika Beg Flap Gergasi Dan Pembungkusan 50 Grabcars, ‘Buttonscarves Goes Global’ Di Malaysia
Satu siri pengaktifan yang dibuat berdasarkan misi kempen #ButtonscarvesGoesGlobal. Penampilan sulung jenama itu di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2023, yang melahirkan kegilaan Buttonscarves Takes Over Kuala Lumpur. Replika beg flap gergasi dan pembungkusan 50 Grabcars, ‘Buttonscarves Goes Global’ Di Malaysia.
Pengaktifan pertama dimulakan dengan pembungkusan 50 GrabCars bertemakan Buttonscarves. Direka bentuk dengan motif monogram BIMU ikonik dalam warna Viva Magenta, yang dipilih secara eksklusif untuk menjadi warna kempen tandatangan #ButtonscarvesGoesGlobal.
ARTIKEL BERKAITAN: Buttonscarves & Ria Miranda Dedahkan Tip Berjaya Membina Jenama Hijab Di Tengah Kehadiran Jenama…
Buttonscarves menjadi jenama pertama yang membalut sepenuhnya kedua-dua kereta premium dan bukan premium di Malaysia. Kereta BIMU akan disediakan kepada pengguna Grab di Lembah Klang selama sebulan, bermula 21 Ogos hingga 21 September 2023.
Beg flap gergasi
Selepas pelancaran kereta BIMU, Buttonscarves mencipta satu lagi pemasangan beg flap gergasi daripada salah satu koleksi terbaharu, Aluna Flap Bag.
Jenama ini berjaya memasang pemasangan gergasi pada ketinggian 8 meter, panjang 12 meter dan lebar 4 meter di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur. Sebagai tambahan kepada pemasangan yang mengagumkan ini, beg gergasi itu turut memecahkan rekod sebagai Replika Beg Flap Terbesar dalam Buku Rekod Malaysia.
Penyampaian sijil rasmi telah diadakan di pemasangan beg flap gergasi itu sendiri, disaksikan oleh lebih 100 peminat jenama itu, dikenali sebagai BSLady, bersama-sama dengan pempengaruh utama di Kuala Lumpur.
Peluang menghadiri Minggu Fesyen Jakarta
Untuk meraikan pemasangan gergasi itu, peluang untuk membawa seorang pemenang bertuah dengan tambah satu untuk menghadiri Minggu Fesyen Jakarta 2023. Peraduan ini dilancarkan untuk pengunjung yang mengambil gambar paling kreatif di tapak pemasangan memakai Beg Flap Aluna Buttonscarves.
Kedua-dua pemasangan beg flap gergasi dan peraduan Minggu Fesyen Jakarta 2023 akan berlangsung di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur bermula 25 Ogos hingga 3 September 2023.
“Kempen #ButtonscarvesGoesGlobal mewakili langkah penting bagi Buttonscarves untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup yang mampu bersaing di pentas global.
Selepas kejayaan Pemasangan Beg Giant Hold Me di Times Square, New York, sempena Minggu Fesyen New York Februari lalu, Buttonscarves kini berada di sini untuk memastikan kehadirannya di Kuala Lumpur, Malaysia,” kata Linda Anggrea, Ketua Pegawai Eksekutif Buttonscarves.
ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya Dengan Tudung Bercetak, Hijabi Jangan Sampai Salah Padanan.
Pentas fesyan kerjasama dua budaya
Buttonscarves juga menjadi jenama antarabangsa pertama dari Indonesia yang dipilih sebagai jenama perintis untuk menerajui dan mempersembahkan koleksi landasan eksklusif mereka, Ethereal Escapades, di segmen Asia Fashion Xchange Minggu Fesyen Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2023 lalu.
Segmen Asia Fashion Exchange diperkenalkan buat pertama kali pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun ini sebagai peluang untuk memupuk persefahaman, penghayatan dan kerjasama antara budaya yang berbeza melalui fesyen.
Koleksi eksklusif yang dibuat untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur menampilkan reka bentuk yang menggabungkan monogram ikonik Buttonscarves dengan gaya yang edgy, canggih, dan moden.
Pertunjukan fesyen yang berlangsung pada akhir Minggu Fesyen KL itu dihadiri beberapa tokoh ikonik dari Indonesia, seperti Dian Pelangi, Whulandary, Indah Nada Puspita, dan Indira Hapsari, serta ikon gaya Malaysia seperti Marion Caunter, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Che Puan Syamim Farid, Yaya Zahir, Hawa Rizwana, Francisca Luhong, Thanuja Ananthan, Raysha Rizrose, Elisya Sandha, dan ramai lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiru Baju Kahwin Neelofa, Wanita Ini Kreatif Guna Alas Meja Jiran Gantikan Veil Pengantin
Busana perkahwinan Neelofa rekaan Alia Bastamam memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi bila digayakan oleh orang secantiknya.
Menggunakan kain lace dan dipenuhi ribuan batu swarovski, siapa je yang melihatnya pasti akan terpukau dengan kilauannya.
Tertarik dengan rekaan busana tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Nadyiayaya telah cuba meniru gayanya dengan mengikut kreativitinya yang tersendiri. Jelasnya, dia hanya menggunakan alas meja yang dipinjam jiran bagi menggantikan veil tersebut.
@nadyiayayaexpectation vs reality 😂 ##neelofa ##weddingneelofa ##neelofapuriz ##makeupneelofa ##coconutscrub ##cocofaced ##foryoupage ##fyp♬ original sound – 💉 MEI BOREG 💊 – Mina
Di ruang komen, ramai yang terhibur dengan videonya serta kagum terhadap usaha yang dilakukan kerana hasilnya begitu menawan. Kreatif betul sis!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI