Inspirasi Dari Tembikar, Busana Ernie Zakri Simbolik Kisah Percintaan Atok & Neneknya

Share

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) semalam telah menyaksikan Ernie Zakri memenangi anugerah vokal terbaik menerusi lagu Gundah yang dicipta sendiri bersama Sharon Paul.

Tampil cemerlang menyanyikan lagu tersebut, netizen menganggap kemenangan ini menepati ramalan mereka sekaligus telah menebus kekecewaan apabila Ernie pulang dengan tangan kosong pada tahun lalu.

Bukan hanya vokalnya yang mencuri tumpuan, busana yang dipakainya turut mendapat perhatian ramai kerana gayanya yang lain daripada yang lain. Menerusi Instagram, anak saudara penyanyi, Ziana Zain ini telah memberikan penjelasan dan makna disebalik pakaiannya itu.

Syukur alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT.

MasyaAllah, malam semalam adalah malam yang tidak saya jangkakan. Namun, rezeki Allah SWT itu tiba semalam. Alhamdulillah.

Ramai yang bertanya tentang baju ini. Banyak yang sebut sebut, banyak juga kata kata mencuit hati saya. Ya, baju ini saya “pay homage” to Allahyarhamah Rokayah binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an. Tentu ada sebab dan kisah disebalik baju baju yang saya peragakan. Banyak cerita yang saya sampaikan pada @amaze_official_

 , dan sekali lagi mereka berjaya menyampaikan “jiwa” lagu ini. Nak baca kisah indah, tengok IG Amazè ya 😬 Make up saya semestinya dari @sahirsabri dan my hijab stylist @nazlivingastyle . THANK YOU BEAUTY TEAM 🖤

Terima kasih @tv3malaysia , my sister @sharonpaul_msia , @rocketfuelent team yang sentiasa berada bersama saya, my manager @aqilahmaria_ , keluarga saya yang memberi kekuatan, dan @syamel_official yang memberi dorongan untuk saya mempersembahkan apa yang anda lihat semalam. @aubrey_suwito dan semua para musicians, terima kasih tidak terhingga.

Sejujurnya, saya masih harus banyak belajar. Terlalu banyak. Kemenangan rakan rakan menjadi inspirasi saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih buat doa doa semua. Doa anda lah sumber kekuatan saya. Maaf jika ada kekurangan, terima kasih atas segala pujian. Tahniah buat semua finalis! Anda memang HEBAT! #AJL35

Menerusi laman instagram Amaze selaku pereka busana Ernie, mereka telah menjelaskan bahawa tembikar telah menjadi inspirasi mereka bagi menghasilkan busana tersebut.

Usai sudah tirai AJL35 malam tadi, dengan kemenangan kembali pada yang empunya lantunan suara, bagai sirih pulang ke gagang. Tahniah buat kakanda @erniezakri

 atas kemenangan Vokal Terbaik. Berbaloi bukan, penantian selama setahun lamanya.

Kembali pada gaya AJL kali ke-35 ni. Gaya puteri kisah dongeng sudah, sang rerama keluar dari kepompong pun sudah. Apa lagi yang mahu ditampilkan?

Batu nisan, Russian doll, pinggul pengasas kosmetik – sebahagian dari nama timangan kreatif netizen Malaya buat gaya kali ini.


Paling tepat, gaya kali ini diinspirasikan dari budaya Peranakan; menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba Nyonya ini. Kenapa Peranakan? Kerana kami juga mahu ‘pay homage’ pada arwah nenda Ernie, yang berketurunan Peranakan.

Juga ada bayangan siluet kebaya ramping dengan ‘wasp waist’ juga pinggul lebar serta potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, juga era di mana bibit pertemuan datuk dan nenek bertaut.

Pada asalnya, kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir, kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik; agar mood berkabung itu lebih bangkit.

Tiada perincian sarat mewah kali ini, hanya mengharapkan kerdipan batuan Swarovski juga fabrik broked metalik. Cukup sekadar mengangkat siluet tembikar bujur semata-mata.

Tidak suka, tidak mengapa. Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Yang penting, Ernie tampil ‘statuesque’; tak ubah seperti tugu peringatan lambang cinta abadi. Lagipun, sampai bila nak bergaya potongan duyung tak sudah bukan?

Rias wajah gemerlapan dari ‘one and only’ @sahirsabri, tatagaya hijab dari @nazlivingastyle, dan dari lensa @azharmadnesson_studio.

Oh, itu rupanya simbolik pakaian Ernie pada malam tadi! Tak disangka kisah mengenai percintaan datuk dan neneknya memberi impak yang sungguh besar dalam hidupnya. Apa-apa pun persembahan Ernie malam tadi memang memukau semua penonton. Emosi yang dibawakan memang sampai ke hati. Tak puas mendengarnya!

Sebagai info, lagu Gila nyanyian Kaka, Loca B dan Noki telah menjadi juara AJL35 manakala Sumpah oleh Aina Abdul menjadi naib juara dan Belenggu Rindu (Jamal Abdillah dan Wany Hasrita) di tempat ketiga. Kategori persembahan terbaik pula dimenangi oleh Zizi Kirana menerusi lagu Eh.

Published by
Qistina