Suatu ketika dulu wanita yang berhijab hanya menggunakan anak tudung atau popular dengan panggilan ‘serkop’ untuk membungkus rambut sebelum mengenakan hijab. Kini penggunaan anak tudung atau dipanggil inner neck diperluas ciptaannya hingga tidak menampakkan leher.
Inner neck menjadi item wajib dimiliki oleh hijabi. Penggunaan inner neck boleh digayakan dengan pelbagai jenis shawl. Tambahan pula, shawl yang dijual dipasaran agak jarang, jadi inner neck berfungsi sebagai pelindung leher supaya tidak nampak bahagian dalam.
Namun begitu, pemakaian inner neck perlulah bersesuaian dengan bentuk wajah dan gaya tudung. Ini kerana tidak semua inner neck sesuai dengan wajah anda.
Serkup permulaan anak tudung yang digunakan bagi wanita berhijab malahan ia terkenal semasa zaman persekolahan. Material serkup ini daripada wool atau benang kait. Ketahanan material ini selalunya tidak lama kerana getah akan mudah kembang apabila dipakai berkali-kali. Walaupun kemunculannya agak ketinggalan zaman tetapi masih lagi ada peminat setia memakai serkup mengikut keselesaan si pamakai terutama budak sekolah.
Inovasi inner neck yang direka khas utk keselesaan maksimum bagi mereka yang mempunyai pipi bulat boleh menggunakan inner ini untuk ilusi pipi tirus. Soft awning yang boleh buat “muncung” atau “melepet” mengikut bentuk muka. Inner jenis ini juga sesuai untuk semua jenis bentuk muka.
Inner neck jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur dan berbentuk hati. Bagi anda yang mempunyai bentuk wajah bulat, anda dinasihatkan untuk tidak menggayakan inner neck jenis ini. Hal ini adalah kerana, wajah anda akan bertambah bulat. Padanan inner neck ini bersesuaian dengan gaya ‘loose shawl’
Inner neck jenis silang ini sesuai dipakai oleh semua bentuk wajah terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah yang bulat. Inner neck silang akan memberikan ilusi silang di bahagian dahi, ini dapat membantu menutupi wajah bulat dan menampakkan wajah anda seakan-akan bujur. Tambahan pula potongan inner neck ini panjang sehingga menutupi pipi. Sesiapa yang gemar dengan gaya tudung Elfira ini sesuai dipadankan dengan inner neck ini.
Bagi sesiapa yang ingin tampil lain dari yang lain, anda sangat sesuai menggayakan inner neck jenis ini. Kelebihan inner neck jenis ini ialah ia dapat menyembunyikan dahi yang luas di samping menampakkan bentuk wajah yang sedikit bujur. Jika anda memiliki saiz kepala yang sedikit besar, inner neck jenis adalah tidak sesuai untuk anda. Inner neck ini juga nampak impak yang berbeza kerana padanan dengan kain lace.
Inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Jahitan di bahagian dagu boleh menutupi lebihan lemak di bawah dagu. Jadi, usah risau tentang dagu yang berlipat. Penggayaan ikatan tudung dileher sesuai dengan inner neck ini kerana lebihan kain dileher tidak akan kelihatan.
Paling laris di pasaran, produk keluaran Neelofa Hijab mengeluarkan inner serbaguna di mana inner ini juga boleh diguna pakai seperti turban. Kesesuaian inner ini bergantung pada bentuk muka pemakai.
Memudahkan anda memakainya semasa kerja dalaman, atau semasa aktiviti luar. InnerSejuk sesuai untuk semua! InnerSejuk menjanjikan anda untuk terus berusaha membawa anda yang terbaik untuk gaya hidup aktif di seluruh dunia! Jadi terinspirasi untuk meningkatkan gaya peribadi anda dan meningkatkan taraf gaya hidup sihat anda yang sangat diperlukan!
TITAN TECH Inner Hijab yang diiktiraf sepenuhnya ini adalah yang pertama di Malaysia dan dicipta dengan teknologi maju dari Jepun yang boleh memberi manfaat kesihatan jangka panjang kepada pemakainya termasuk menambahbaik peredaran dalam badan, mengurangkan sakit kepala, mengoptimumkan tahap tenaga, mengurangkan tekanan, serta banyak lagi. Sebagai tambahan kepada jenama pakaian sederhana yang serba boleh, STAILOZ Inner Hijab menggunakan kehebatan TITAN TECH, teknologi eksklusif STAILOZ™yang menggabungkan Magnetic Titanium dengan zarah nano dan diserap sepenuhnya ke dalam bahan untuk mencipta fabrik Liquid Titanium Polyester yang digunakan di dalam setiap rangkaian produk STAILOZ™ Inner Hijab. Proses rumit ini dijalankan untuk memastikan zarah-zarah titanium tidak hilang apabila dibasuh dengan sabun atau air, dan memberi peluang kepada pengguna untuk terus menikmati manfaat kesihatan maksimum dalam setiap pemakaian.
• Pastikan anda kenali bentuk wajah anda. Jangan terlalu mengikut trend hingga anak tudung yang dipakai tidak sesuai dikepala anda.
• Pilih fabrik yang sesuai seperti cotton kerana ia mampu menyerap peluh dengan baik. Jika lycra, pilih jenis yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan rasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi.
• Jangan pilih terlalu ketat, ini kerana boleh membuatkan anda rasa sakit dan tidak selesa. Pilih warna yang sesuai dengan selendang.
• Jika selendang anda fabriknya licin, pakai anak tudung dari jenis cotton kerana ia mampu ‘menjinakkan’ selendang yang licin.
• Selendang yang jarang harus dipakai bersama inner neck yang mampu melindungi leher anda daripada kelihatan. Dalam bergaya aurat sebagai muslimah juga perlu dijaga.
• Untuk tambahan aksesori seperti kerongsang atau pin, pastikan selendang yang digayakan motifnya tidak sarat.
• Anak tudung ala turban mampu memberi ilusi bujur buat wajah anda.
• Bagi anak tudung yang bercorak, tidak semua orang sesuai. Seelok-eloknya banyakkan anak tudung polos dalam koleksi anda.
• Bagi yang gemarkan keceriaan,pelbagai anak tudung yang disertakan dengan pelbagai aksesori juga dapat membangkitkan gaya yang menarik. Apa yang penting, pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan majlis dan situasi.
SUMBER: http://muslimahstylistaa.blogspot.my