Pelbagai amalan dan doa yang boleh kita pratikkan untuk cantik berseri. Khasnya untuk hijabi tidak perlu pemakaian skincare untuk membantu menaikkan seri muka malah sekiranya kita amalkan potongan ayat-ayat al quran insyallah memberi manfaat yang besar.
Dua potongan ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali selepas lakukan solat fardhu. Kedua-dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar. Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya.
Seperti yang dikongsikan Ruqyah Sufi, inilah doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
SURAH YUSUF AYAT 4:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4 : (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
SURAH THAAHA AYAT 39:
PERLU DIKETAHUI :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Jadi dua potongan ayat inilah menjadi solusi untuk cantik berseri dan mengeratkan silatulrahim.