Menjelang Syawal ini, pastinya selain baju, pemilihan tudung juga turut diberi perhatian. Lambakan hijab pelbagai jenama menyebabkan kita rasa keliru yang mana satu sesuai untuk digayakan di pagi lebaran. Namun, sebenarnya 15 jenama hijab yang ada di pasaran ini boleh melengkapi gaya BETUL-BETUL RAYA yang akan datang tak lama lagi.
Mendominasi hijab kekinian sama ada instan atau long shawl.
Paling awal bertapak dalam industri hijab sejak 9 tahun lalu. Mempunyai signature sendiri dengan mengeluarkan selendang panjang yang ditambah batuan atau flora mengikut keadaan semasa.
Harganya memang mahal dan cukup eksklusif buat penggemarnya. Mempertaruhkan duta seperti Bella Dally dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan koleksi Ariani sangat istimewa.
Apa sahaja limited edition pasti jadi dambaan hijabi. Misalnya tema kuih tradisional, rama-rama atau travel around the world. Peminatnya memang sering tertunggu-tunggu koleksi terbaru brand ini. Terbaru keluar dengan edisi khas bertemakan Doily Duck.
Mencetus fenomena apabila ramai yang sanggup beratur untuk mendapat koleksi terkini. Harganya memang mahal tetapi tetap menjadi pilihan penggemarnya hingga kini.
Mendominasi hijab bawal yang cukup mudah digayakan. Harganya memang berpatutan dan mampu milik. Juga sering hadir dengan rekaan terkini yang cantik dan menarik.
Ramai menggemari instan dengan inner yang cukup selesa. Inner bersilang jadi signature tudung ini yang memang mudah sekali untuk digayakan.
Diasaskan oleh seorang blogger/influencer cantik manis, Fazrena Abdul Aziz. Antara usahawan muda yang memulakan bisnes secara dalam talian.
Antara yang mendapat tempat di hati hijabi hingga kini. Mengetengahkan selendang panjang dengan pelbagai rona menarik. Juga menjual inner yang sangat selesa dan juga menjadi signature
Alhumaira.Tidak kalah untuk bersaing dalam industri hijabi. Pemliknya bersaudara dengan Sugarscarf hijab. Koleksi tudung bercorak dan kosong yang dihasilkan menarik minat ramai penggemar hijab.
Diperkenalkan oleh Anis atau nama di media sosial Nonones. Pernah viral kerana tudung rekaannya lain dengan mengetengahkan elemen ruffle. Namun kini, semakin banyak rekaan yang menarik boleh dijadikan pilihan menjelang Syawal nanti.
Lebih kepada hijab cetak yang cukup menarik. Dari masa ke semasa, Ameera Zaini semakin mendapat tempat di hati pencinta hijab.
Hadir dengan pelbagai rekaan dan warna yang menarik. Menggunakan fabrik satin lembut menjadikan hijab Sofearose antara pilihan terkini penggemarnya. Turut digayakan oleh pelakon Siti Saleha dan juga Aida Khaleeda dalam drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Ria.
Rekaan hijab ini punya keunikan tersendiri. Datang dengan pilihan warna pastel dan terang membuatkan hijab ini menarik untuk digayakan. Diperkenalkan oleh pelakon Sherry Ibrahim yang memang cantik sejak berhiijab dua tahun lalu.
Pemiliknya adalah pelakon, pengacara Hanis Zalikha. Memperkenalkan hijab tanpa pin yang pertama seumpamanya di sini. Amat selesa di pakai kerana hijab akan selamat tanpa tercarik.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM