Berita

“Ini Usaha Kecil Aina” Papan Iklan Jadi Lambang Solidariti SYAFIQAH AINA Buat Palestin

Share

“Ini usaha kecil yang Aina dapat kongsi” papan iklan jadi lambang solidariti Syafiqah Aina buat Palestin. Walau sekadar menggunakan ayat ringkas di papan iklan tersebut sebagai lambang solidariti buat Palestin namun mesejnya jelas.

Kredit Foto: syafiqahaina

Ayat ringkasnya “Awak, jangan pernah kita lupa tentang Palestin” merupakan peringatan kepada kita semua sebagai saudara sesama Islam agar tidak lupa apa yang berlaku di sana.

USAHA KECIL LAMBANG SOLIDARITI
Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina baru-baru ini berkongsi satu hantran video di Instagram peribadi tentang solidaritinya terhadap Palestin dengan menggunakan papan iklan (billboard).

Kredit Foto: syafiqahaina

Menurut isteri kepada Hafiz Mahamad ini, pada awalnya papan iklan itu hendak digunakan untuk bisnes kliniknya, Ainaa Clinic. Namun Aina lebih percayakan rezeki.

“Lagi berapa bulan je contract Billboard ni nak habis. Sepatutnya Billboard ni digunakan untuk @ainaaclinic Aina percaya pada rezeki & insyaAllah Aina akan sambung lagi contract untuk Billboard ni.”

Kredit Foto: syafiqahaina

Tidak menafikan bahawa kos papan iklan bukan murah namun bagi Aina itu antara usaha kecilnya yang dapat dikongsikan. Yang penting Aina telah berusaha melakukan apa yang termampu.

“Ada yang kata cost Billboard mahal. Ya betul, tapi Aina rasa mungkin ni usaha kecil yang Aina dapat kongsikan. Doakan brand AINAA sentiasa maju & dapat kongsi kebaikan tau.

“Tak banyak yang Aina boleh sumbangkan. Selain dari doa, Aina cuba buat apa yang mampu untuk saudara Islam kita di Palestin.”

Kredit Foto: syafiqahaina

BACA JUGA: Bertubuh Gempal, Hilang Keyakinan Diri? Syafiqah Aina Kongsi Cara Bagaimana Hijabi Mampu Atasinya

Bagi Aina apa yang dilakukan itu adalah lebih penting dari segala-galanya. Pesan Aina agar kita semua tidak pernah melupakan saudara Islam di sana.

Kredit Foto: syafiqahaina

“Aina tak rasa rugi tak teruskan untuk pasang Billboard ni untuk AINAA Clinic. Sebab Aina rasa ini lagi penting dari segalanya. Aina memang niat untuk ingatkan semua yang nampak Billboard ni, supaya jangan pernah kita lupakan saudara Islam kita di sana.

“Harapnya kita semua tak takut untuk tunjuk tanda sokong, bersuara & bersama boikot mereka yang menyokong penindasan ni. Aina percaya rezeki Allah, selama ni banyak sangat Allah dah bagi.”

Kredit Foto: syafiqahaina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyokong dan memuji usaha yang dilakukan Aina.

“Setiap kli balik kerja memang nampak billboard ni, tak pernah putus baca Qunut Nazilah, Thankss Ainaa ingtkan kami semuaa”

“Selalu tengok, selalu teringat aina. Terima kasih aina tak pernah berhenti ingatkan kami dgn saudara kita di sana. Selit kan doa aina buat keluarga kami juga ya dan bisnes ciskut kecil2 kami dapat banyak permintaan. Terima kasih aina dan hafiz serta team.”

“Kite hari-hari laluuuu hari-hari tengok. Semoga bisnes AINA sentiasa maju & berkat amin”

Kredit Foto: syafiqahaina

Semoga Aina dan suami terus sukses dalam perniagaan dan dapat membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan sekaligus mengubah taraf hidup mereka kepada yang lebih baik.

Published by
Amy Mohd