Ini Tip Hilangkan Bibir Kering, Gelap Dan Lebam, Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah

Share

Bibir yang merah, mungil dan bersinar pastinya menjadi idaman ramai kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering juga boleh mengubah warna gincu, selain struktur bibir wanita.

Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.

Berikut perkongsian SuzyHoney bagi mendapatkan bibir yang sihat dan bersinar.

Bibir kering dan kadang jadi gelap dan lebam. Akak nak kongsikan satu resepi seperti biasa dengan bahan mudah dapat dirumah.

Bagi yang ada masalah bibir gelap dan sensitif boleh guna cara ini secara alami.

Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

Bahan-bahan:
• Satu sudu serbuk kunyit
• Satu sudu susu
• ½ sudu jus lemon
• Satu sudu air mawar

*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.

CARA PENYEDIAAN:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.

1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.

2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.

3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.

4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.

Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua  hari sekali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Published by
Norhasliza