Aduhai. Belek-belek rambut, ada banyak uban yang kelihatan. Usia masih muda tetapi rambut sudah tumbuh uban. Tentunya keadaan ini menimbulkan kerisauan. Mesti rasa kurang keyakinan diri bukan kalau usia masih muda tapi rambut sudah mula tumbuh uban.
Walau pun berhijab, keadaan itu juga sudah semestinya boleh membuatkan rasa kurang selesa. Pelik juga mengapa keadaan ini berlaku. Selalunya mereka yang sudah berusia sahaja menghadapinya.
SENARAI MAKANAN TERBAIK UNTUK KESIHATAN RAMBUT:
*Tiram. Tiram kaya dengan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, seperti zink, besi, kalsium, kalium. Bukan hanya itu, tiram juga rendah lemak dan kalori.
*Salmon/tenggiri. Kedua-dua jenis ikan ini mengandungi asid lemak omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi.
*Sayuran hijau tua (bayam, brokoli) mengandungi vitamin A, vitamin C, zat besi dan kalsium.
*Amalkan makan kacang. Kacang mengandungi protein, zat besi, zink dan biotin. Sebagai contoh, kacang Brazil mengandungi selenium, walnut (zink, asid alfa-linolenik), pecan, gajus, badam (zink).
*Bijian penuh. Mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.
*Ayam. Pengambilan menu berasaskan ayam membekalkan protein dan zat besi.
*Telur. Mengandungi protein, biotin dan vitamin B12.
Berikut dikongsikan juga syampu bagi merawat masalah rambut beruban. Semoga ia membantu masalah rambut beruban yang anda hadapi.
BAWANG REPAIRING & NOURISHING SHAMPOO
Diperkaya pelbagai ekstrak herba cina termasuk Ginseng, Notoginseng dan Gingko Leaf syampu ini amat sesuai untuk merawat rambut yang bermasalah. Dengan pemakaian yang teratur, ia menyuburkan akar rambut dan membantu membaikpulih rambut kering serta rosak disebabkan penggunaan bahan kimia pada rambut. Syampu sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah rambut beruban juga rambut gugur.
Mengandungi bahan natural, syampu ini mengandungi santan yang kita ketahui sangat bagus untuk merawat rambut beruban. Syampu ini juga mengandungi bahan- bahan seperti Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan ekstrak Peppermint yang akan memberi nutrisi penting pada rambut anda sambil kesegaran yang berpanjangan.
Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah rambut beruban, syampu ini juga membantu melebatkan, melembutkan rambut yang kusut dan melawan kelemumur. Paling penting syampu ini bebas paraben, SLS dan silikon.
WATSONS NATURALS ARGAN SHAMPOO
HERBAL ESSENCES ARGAN OIL OF MOROCCO SHAMPOO
Sesuai digunakan untuk mendapatkan rambut yang lembut dan bersinar bagi rambut yang beruban. Syampu jenama ini diakui antara syampu yang terlaris di pasaran. Ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana drugstore. Sesuai untuk merawat rambut yang bermasalah. Syampu ini juga mengandungi minyak Argan yang dapat memulihkan rambut rosak akibat penggunaan alatan penggaya rambut yang terlalu kerap.
HIMALAYA ANTI DANDRUFF SHAMPOO SOOTHING & MOISTURIZING
Sesuai digunakan untuk rambut kering yang memerlukan pelembap dan khasiat tambahan seperti rambut beruban. Ramuan yang terkandung di dalam syampu ini antaranya minyak Tea Tree dan bahan agen anti-kelemumur yang berkesan bagi mengelakkan keguguran. Syampu ini juga berfungsi untuk menghalang faktor penyebab kelemumur. Gunakan secara kerap bagi mencegah kelemumur dan gatal-gatal pada kulit kepala.
DOVE NUTRITIVE SOLUTIONS VOLUME NOURISHMENT SHAMPOO
Sangat sesuai digunakan untuk yang alami masalah rambut beruban dan menipis.Syampu ini berfungsi untuk menyuburkan rambut dan melebatkan rambut. Diformulasi dengan Teknologi Oxyfusion, bahan-bahan yang digunakan oleh produk ini mampu untuk melebatkan rambut.
HIJABISTA: Bagi menangani masalah berkaitan rambut, amalkan pengambilan lebih banyak makanan yang mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak poli tak tepu. Nutrien ini sangat penting bagi memastikan kesihatan kulit kepala dan folikel terpelihara selain menjamin kualiti rambut.
Sumber kredit: Productnation Top image: Photo by Karolina Grabowska from Pexels