Ini Stail Yang Perfect Untuk Hijabi Ke Pejabat Mengikut Bentuk Tubuh Anda. Baru On Point!

Share

Pernah tak anda rasa tak yakin apabila teman sekerja ajak berswafoto di pagi hari? Nampak gemuk dan tua walaupun sebenarnya anda kurus dan masih muda?

Jangan bersedih sis!

Sebenarnya situasi ini disebabkan gaya pemakaian ketika bekerja. Bagi wanita yang bertubuh tinggi lampai pastinya sangat berbeza dengan mereka yang mempunyai postur tubuh badan mungil dan yang memiliki saiz badan yang besar.  Baik dari segi pemilihan tudung, warna, gaya, corak mahupun aksesori.

Pemilihan gaya pemakaian yang sesuai mampu memberi ‘trick’ kepada orang yang melihat anda untuk tampil lebih menarik.  Terdapat 4 kategori jenis tubuh badan wanita yang perlu anda tahu :

1 – Kurus tinggi

2 – Kurus rendah

3 – Gempal tinggi

4 – Gempal rendah

Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Kurus Tinggi

•    Elakkan pakaian yang terlalu ketat. Pakaian ketat akan membuatkan anda semakin cengkung dan kurus.

•    Pilih pakaian yang berwarna terang dan cerah seperti kuning, oren, merah jambu dan biru muda.  Pastikan anda memakai corak bunga yang besar atau corak melintang supaya kelihatan ideal.  Anda boleh cuba gaya tudung yang mempunyai corak yang besar dan baju atau seluar memiliki warna cerah yang polos.  Seeloknya, hindari pakaian yang gelap, nipis dan bercorak menegak.

•    Anda boleh gunakan aksesori seperti kerongsang tudung, gelang atau jam tangan yang sederhana besar untuk membuatkan tubuh badan anda menjadi sederhana.

Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Kurus Rendah

•    Memiliki badan yang mungil mungkin akan membuat anda seperti anak kecil.  Justeru, elakkan memakai baju terlalu longgar yang mudah membuatkan diri anda tenggelam.  Pilihlah baju yang melebihi pinggul dan di atas lutut.

•    Pemakaian baju warna yang senada antara atas dan bawah serta yang memiliki motif melintang mampu memberi kesan diri anda menjadi tinggi. Tona warna pakaian yang cerah atau lembut jika dipakai oleh wanita mungil mampu memberikan kesan penuh terhadap seluruh anggota anda dan pada mereka yang melihat anda.

•    Tali pinggang besar dan lebar sedang menjadi trend.  Namun, trend ini tidak sesuai untuk kategori tubuh ini.  Jika anda mahu kelihatan tinggi dari sudut aksesori, boleh mengenakan ‘high heels atau wedges.

Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Gempal Tinggi

•    Tip umum yang biasa dipraktikkan oleh wanita yang berbadan gempal tinggi adalah dengan mengenakan baju berwarna gelap. Warna gelap seperti coklat tua, biru tua, hingga hitam mudah menyamarkan bentuk tubuh yang gempal kelihatan langsing sedikit.

•    Corak baju mestilah yang kecil-kecil supaya tubuh yang besar tidak semakin besar.

•    Pilihlah baju yang sedikit longgar untuk mudahkan aliran udara badan bernafas selain tidak menampakkan bentuk badan yang berlemak terutama di bahagian perut.

Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Gempal Rendah

•    Sama seperti tip untuk wanita yang berbadan gempal tinggi, anda perlu memakai warna gelap dan bercorak kecil. Sebagai tambahan, anda boleh mengenakan blazer.

•    Hindari long dress kerana ia akan membuatkan kaki jadi lebih pendek.  Baju yang dipakai perlu betul-betul sesuai, muat dan padan.  Elak juga membeli baju yang terlebih besar dan panjang.

•    Seboleh mungkin, minimamkan pembelian baju yang mempunyai corak ruffle atau corak di seluruh baju. Hindari motif melintang kerana akan memberi kesan lebar pada tubuh gempal.

Published by
Team Hijabista