Melangkah masuk ke dekad yang baru, Girl Gang travel jangan lepaskan peluang menikmati percutian dengan keunikan kediaman yang menarik seiring dengan percutian Insta Worthy anda. Airbnb mahu anda mendiami kediaman-kediaman unik yang indah pada musim cuti. Airbnb telah memilih senarai kediaman tempatan dan di destinasi luar negara yang mempunyai penerbangan terus oleh syarikat penerbangan tempatan untuk diterokai.

Dengan pilihan daripada dua belas kota dari lapan negara – sama ada anda seorang pencinta pantai, peminat alam sekitar, atau seorang yang mencari destinasi terpencil, Airbnb mempunyai semuanya. Dari suasana pagi yang ditemani bunyi alunan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung di Hibiscus Beach Retreat ke melarikan diri dari bandar-bandar yang penuh sesak ke rumah buluh ajaib dan pemandangan menakjubkan di teres padi hijau yang subur di Camaya Bali Lotus, ini adalah beberapa kediaman percutian terbaik yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat rancangan untuk melawat negara-negara ini.

Jom terokai 12 kediaman unik yang disediakan oleh Airbnb:

1. Pengalaman Berkaki Ayam di Utara Borneo, Sabah, Malaysia

Nikmati aura percutian di kawasan pinggir pantai paling utara Borneo dengan alunan air laut sejuk di kaki anda. Terletak di puncak tebing kecil dengan pemandangan Laut Cina Selatan, Hibiscus Beach Retreat adalah sebuah chalet 1 bilik yang bersendiri, direka khas buat pasangan dan keluarga kecil, dan satu tambahan sempurna buat paparan Instagram anda!

2. Rumah Pokok Bali dengan Kolam Renang Indah, Bali, Indonesia

Nikmati percutian yang menyamankan di musim cuti ini di rumah pokok yang tersenarai dalam senarai kediaman paling diingini di Bali. Terletak hanya 3 minit dari pantai, anda dapat melihat pemandangan matahari terbit dari veranda dan nikmati pemandangan taman dan kolam yang indah.

3. The Studio – Kadupul Homecation, Da Lat, Vietnam

Dengan lokasinya yang terpencil di lorong kecil dalam kawasan perumahan yang sunyi tetapi ramah, anda dijanjikan masa rehat dan tidur malam yang berkualiti. Kadupul Homecation terletak di kawasan bukit yang tidak jauh dari bandar Dalat dan mempunyai pemandangan landskap indah dengan kawasan perumahan berwarna-warni di bukit yang bertentangan.

4. Vila Onnut Gaya Thai Berkolam Renang yang Sunyi dan Semulajadi, Bangkok, Thailand

Dapatkan pengalaman gaya hidup Thai pada musim cuti di vila berkolam renang Thai yang terletak di tengah-tengah pinggir bandar Bangkok. Sebuah mutiara ketenangan, rumah kompaun Thai dengan suasana sunyi dan bersih ini dikelilingi taman tropika yang subur.

5. Rumah Tradisional Jepun, Yamanashi, Jepun

Alami pengalaman di Rumah Moshi Moshi, sebuah rumah tradisional Jepun berusia 150 tahun yang terletak di puncak bukit di bandar Koshu. Shoji (pintu ruang tamu) apabila terbuka, memaparkan pemandangan panoramik indah kawasan lembah sekitar, dan hos Ayumi akan mengalu-alukan anda dengan sifat ramah dan semangat. Terokai Kofu, bandar berdekatan yang terletak sekitar 15-20 minit dari Rumah Moshi Moshi, yang penuh dengan kuil-kuil yang indah.

6. Canoe Ville – Bilik Terapung di Tengah Tasik, Kerala, India

Tanah ajaib Kerala yang penuh dengan pantai tropika, kawasan sungai yang tenang, keindahan pinggir pantai yang menggiurkan dan festival seni kontemporari terbesar di Asia – Kochi Muziris Biennale. Apabila sudah selesai dengan acara keramaian, berehat di vila terapung yang dihoskan oleh sebuah keluarga di pinggir tasik Vembanad, dikelilingi pohon kelapa dan burung-burung liar.

7. Bilik Kayu Tradisional, Chiang Rai, Thailand

Rumah kayu tradisional yang luas dan selesa ini dikelilingi sumber semulajadi dan aura tradisional berdekatan dengan pinggir tasik yang indah dan di sepanjang gunung, hutan hijau dan padang.

8. Hideout Bali – Rumah Buluh Eko, Selat, Indonesia

Hideout adalah sebuah penginapan eko unik yang tersembunyi di kawasan pergunungan gunung berapi Gunung Agung – terletak jauh dari kehidupan bandar, ia adalah sebuah tempat persembunyian yang sempurna buat pelancong yang sukakan kelainan. Rumah buluh ini dikelilingi alam semulajadi, terletak di pinggir sungai sepanjang sawah padi yang indah.

9. The Tree House, New South Wales, Australia

Ambil sedikit masa untuk berehat dan tenangkan diri anda di rumah pokok pemenang anugerah yang mempunyai pemandangan Taman Nasional Diraja. Anda boleh menikmati aktiviti berbasikal gunung bertaraf dunia, bermain kayak, memancing dan meneroka hutan betul-betul di depan kawasan rumah pokok ini, yang terletak hanya 40 minit dari bandar Sydney.

10. Kediaman Gaya Retro Coca-Cola, Quan Zhou, China

Suka minuman Coca-cola? Sertai semangat berpesta di kediaman bertemakan Coca-cola ini, di mana anda boleh bermain salah satu permainan retro bertemakan Coca-cola yang terbaik.

11. Rumah Thai Saabay di Tengah Bandar, Chiang Rai, Thailand

Rumah Saabay menyediakan kabin gaya Thai yang mewah di kawasan terpencil berdekatan dengan bandar Chiang Rai. Chiang Rai adalah sebuah tempat yang ideal untuk menerokai pelbagai kuil di sekitar kawasan itu, melawat Segi Tiga Emas, puak-puak orang asli bukit dan aktiviti trek gunung dengan pemandangan yang indah.

12. Camaya Bali Lotus – Rumah Buluh Ajaib, Selat, Indonesia

Larikan diri daripada bandar sesak ke rumah buluh ajaib kami dan nikmati pemandangan teres sawah padi yang subur dan indah. Sesuai untuk pengembara dan pencinta alam semulajadi yang ingin menyelami persekitaran sekitar mereka dan bercuti di kawasan terpencil di Bali.