
Isi Kandungan
ToggleJika menjejakkan kaki sahaja ke kedai Daiso, kita mesti akan hilang arah! Mana tidaknya, segala barang yang dijual di situ nampak sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, barang-barangnya juga sangat berguna dalam kehidupan seharian.
Jika anda keliru tak tahu nak membeli yang mana satu, bolehlah lihat barang yang dicadangkan oleh Azlin Ramli ini. Semuanya best!
Halau segala nyamuk!
2. Mudahkan kerja pembuangan sisa sampah
3. Haaa tisu basah untuk mop lantai pun ada!
4. Tak payah nak berkejaran dengan tikus dah bila guna perangkap ni
5. Lebihan minyak masak akan lebih mudah untuk dibuang apabila dikeraskan
6. Sinki takkan tersumbat lagi bila menggunakan perangkap rambut ini.
kredit: Azlin Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rancang Kahwin Tahun Depan, Sheryl Shazwanie Selamat Bertunang Dengan Azzam Sham

Juara Big Stage musim ketiga, Azzam Sham telah selamat bertunang dengan cinta hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie.
Berlangsung di kediaman keluarga Sheryl di Petaling Jaya malam tadi, majlis tersebut diadakan secara serba ringkas bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sama cantik sama padan, pasangan ini kelihatan manis sekali apabila sedondon menggayakan busana berwarna turqoise.
Jelas Azzam, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.
“Kami sebenarnya sudah kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama. Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman musik yang sama sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music.
“Cuma sejak dua tahun yang lalu, ikatan itu bertukar menjadi lebih istimewa. Harapnya perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dipermudahkan,” ujar pelantun lagu Cinta Jangan Pergi ini.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Moga dipermudahkan urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Buat anda semua, jangan lupa untuk menempah segera majalah Hijabista yang terkini dalam tulisan jawi!
sumber: MH, @azzam_sham
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dek Kerana Pengakuan Berani Faiz Roslan, Ini Teguran Mufti Wilayah Persekutuan Yang Cukup Berhemah

Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial tentang video Faiz Roslan yang mengaku dirinya tidak berpuasa dan juga tidak menunaikan solat 5 waktu. Allahuakbar, begitu berani anak muda masa kini membuat pengakuan sebegitu secara terang-terangan.
Kronologi bermula apabila Faiz Roslan memuat naik video parodi bersama dua orang rakannya yang dengan aksi yang tidak senonoh. Video itu meraih perhatian ustaz-ustaz, netizen dan juga para selebriti tempatan. Rata-rata menyatakan bahawa Faiz dan rakan-rakannya itu seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Terkini, viral pula video ‘live’nya di mana dia mengaku tidak berpuasa. Malah, salah seorang rakannya juga sedang enak menikmati kentang goreng yang dibeli di salah satu restoran makanan segera.
Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menegur perbuatan Faiz dan rakan-rakannya itu. Ekoran video tersebut, akaun Instagram milik Faiz juga dikatakan telah ‘dipadamkan’ oleh pihak Instagram sendiri.
Teguran Mufti Wilayah Persekutuan ini begitu sopan dan berhemah hingga meresap ke dalam jiwa. Malah, Dr. Zulkifli juga turut menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, Mufti juga mengharap dan menunggu balasan daripada Faiz Roslan sendiri.
Sebagai seorang dewasa, anda di luar sana tentu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sempena bulan Ramadan ini, usahlah kita bertengkar sesama sendiri. Lebih baik kita tumpukan pada amalan-amalan kebaikan yang boleh menjana pahala. Ini isi kandungan teguran Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Faiz Roslan. Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
- Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
- Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.
- Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.
- Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.
- Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
- Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajar ‘Loghat Peghelih’, Ramai Teruja Bila Yuna Fasih Bercakap Loghat Utara

Isi Kandungan
TogglePenyanyi tempatan yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, Yuna, telah memuat naik video lucu yang dibuatnya sendiri mengenai loghat Perlis.
Dilahirkan di Kedah, ramai yang terhibur dengan keletahnya itu apabila dia ‘mengajar’ orang ramai tentang bagaimana cara orang utara bercakap.
Ada tak kawan utara korang yang macam ni?
“depa tak pikiaq” issa mood. pic.twitter.com/g28rH2Lczl
— Yuna Zarai (@yunamusic) November 6, 2020
Ramai yang telah memberikan reaksi kepada video Yuna tersebut dan boleh relate dengan kehidupan mereka kerana mempunyai ramai rakan dari utara.
Seronok jugakan bila belajar loghat ini. Harap Yuna dapat buat video begini lagi. We want more Yuna!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI