Akhir-akhir ini, jenayah pecah rumah semakin menjadi-jadi. Siapa yang tak risau bila kawasan kejiranan yang ada pengawal keselamatan pun turut menjadi mangsa.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@alliyarb8) ada berkongsi tentang satu fungsi kunci kereta yang tidak diketahui umum. Betul ke kunci kereta boleh elakkan rumah kita dipecah masuk? Jom kita tengok.
Menurut artikel tersebut, kunci kereta seeloknya diletakkan di sebelah katil sebelum anda tidur. Sekiranya terdengar bunyi yang mencurigakan atau mendapati seseorang sedang cuba menceroboh rumah anda, segeralah tekan butang kecemasan pada kunci kereta tersebut. Bunyi nyaring yang dikeluarkan oleh kereta anda akan mengejutkan penjenayah lalu membatalkan niatnya untuk memecah masuk kerana khuatir tuan rumah dan jiran tetangga turut sama terjaga. Bukan itu sahaja!! Tips ini juga boleh digunakan apabila anda bersendirian di ruang parkir yang sering menjadi tumpuan penjenayah.
Hmm… rupanya itu fungsi butang kecemasan pada kunci kereta. Jom, kita sediakan payung sebelum hujan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susulan Kejadian 6 Ahli Bomba Terkorban, Mufti Wilayah Persekutuan Zahir Simpati & Sifatkan Sebagai Syahid
Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih di mana enam anggota penyelamat bomba terkorban dalam operasi misi dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh dalam sebuah lombong. Ramai melahirkan rasa simpati atas kehilangan yang tidak diduga termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan ini berita kematian ini menginsafkan dan memberi maksud yang mendalam. Malah mereka ini juga diiktibarkan sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis.
Dalam kenyataan itu juga Mufti Wilayah Persekutuan turut memberitahu bahawa mereka yang terkorban ini lebih mulia tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Beliau turut menasihatkan ahli keluarga mangsa supaya bertabah kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
SUMBER: FACEBOOK MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempat Mandikan, Tukar Pakaian & Cadar Putih Layanan Terakhir Linda Rafar Sehari Sebelum Emak Meninggal
Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LINDA RAFAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Tolak ‘DRESS’ & Pilih Jadi RATU JAWA di Majlis Pernikahannya. ‘So Sweet’!
Jika semalam telah berlangsung acara berinai antara pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Dan beberapa jam sebelum akad nikah pula diadakan majlis bersiram sebelum keduanya diijabkabul. Petang tadi hanya sekali lafaz, kedua-duanya sah sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menariknya majlis pernikahan ini memilih tema Jawa untuk menyempurnakan adat itu di sebelah pihak pengantin lelaki.
Dalam majlis berkenaan, Mawar menerima wang mas kahwin RM900 beserta tujuh dulang daripada pihak lelaki. Sementara di pihak Mawar turut menyerahkan sembilan dulang kepada pihak Raf. Majlis akad nikah yang ringkas itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 500 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan artis dan media.
Agak berbeza dengan mempelai lain yang rata-rata memilih kurung moden atau dress di hari bahagia mereka. Tetapi Mawar dan suami sepakat menggayakan persalinan Jawa. Cantik sekali Mawar mengayakan persalinan tradisional Jawa rekaan Cosry dengan kebaya lace serta berkain batik.
Juntaian bunga di kepala melengkapkan lagi penampilan bak Ratu Jawa. Penampilan Mawar sebagai ratu sehari turut terserlah dengan solekan yang menyerlahkan lagi kejelitaan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Saputri Wan Abdul Rashid.
Keduanya turut menerima ucapan tahniah daripada follower yang mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke anak cucu.
@nurfatihaamran Alhamdulillah. Akhirnyaaaa. Tahniah kak mawar
@via_shiemoba Congratulation@mawarashid kekal hingga ke anak cucu
@dygnorzanah Alhamdulillah tahniah smoga kekal hingga ke jannah. Aminnn…
@aqilah.deen Alhamdulillah. Semoga kekal hingga jannah. Aamiin
Sebelum itu, pasangan ini telah bertunang Julai lalu setelah keduanya diperkenalkan oleh rakan baik mereka, Emma Maembong. Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob merupakan adik kepada Datuk Fazley Yaakob ini adalah duda anak dua.
Majlis untuk resepsi pasangan ini nanti akan diadakan pada 1 Disember depan. Admin ucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga ke jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM, MAWAR RASHID, COSRY & KAKI FOTO
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI