Isi Kandungan
ToggleMesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit.
Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Muka Kusam Buat Wajah Nampak Tua? Naikkan Seri Wajah Dengan 5 Bahan Alami Ini, Barulah ‘Glowing’ Raya Nanti!
Isi Kandungan
ToggleMemiliki kulit yang kusam bukan sahaja membuatkan anda nampak lebih berusia dari umur sebenar anda, malah ia juga menghilangkan aura seri wajah anda. Kesannya, wajah anda nampak tidak bermaya dan pucat!
Selain daripada menggunakan produk yang dijual di pasaran, anda mungkin boleh cuba menggunakan bahan-bahan semulajadi. Malah, dengan cara ini anda juga boleh menjimatkan duit poket bila nak dekat-dekat Raya ni kan?
Bahan-bahan yang digunapakai pun mudah untuk didapati, serlahkan keanggunan wajah anda dengan 5 bahan semula jadi ini! Barulah kulit lebih berseri, sihat dan segar sepanjang masa!
Lemon
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Caranya: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah.
Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
Caranya: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
Air Masak
Air tidak hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
Caranya: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
Pisang dan Madu
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Caranya: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
Caranya: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mariam Peluk Islam Berusia 84 Tahun, Berusaha Membaca Kalimah Allah Walaupun Merangkak.
Memeluk Islam pada usia 84 tahun, kisah Mariam atau Maria beramal dari London memberi inspirasi kepada orang ramai apabila dia bersyukur dipilih ALLAH menjadi seorang Muslim ketika berusia 84 tahun kini merasa hidupnya semakin tenang menjalani ajaran agama.
Menerusi entri Instagram miliknya, Mariam berkongsi, dia pertama kalinya menjejakkan kaki di Redbridge Islamic Center (RIC) pada 19 Disember 2019 dan mengucap dua kalimah syahadah .
“Saya mahu menjadi seorang Muslim,” katanya.
Pada satu perhimpunan untuk solat jemaah, Mariam memberanikan diri untuk ke RIC sebelum sebelum dipelawa seorang wanita dan menjemputnya masuk dan ketika sedang duduk, Mariam bertanyakan kepada jemaah apa yang mereka sedang lakukan dan mereka menjawab sedang bersolat.
Setelah diberi penerangan terperinci apa itu solat, kiblat, secara tiba-tiba Mariam bertanya, bagaimana untuk dia menjadi seorang Muslim? Dan saat itu juga Mariam berkata “saya mahu menjadi seorang muslim”.
Setiap sebutan kalimah Allah, Mariam meminta rakannya menulis di dalam buku catatannya. Mariam pastikan dia menghafal setiap kalimah yang baru belajarwalaupun merangkak.
Kisah Mariam yang sungguh menyentuh hati itu pastinya menarik perhatian netizen termasuk pelayar Twitter Muslim Daily yang mendoakan agar Mariam terus beristiqamah dalam menjadi seorang Muslim hebat.
“Saya hiba melihat Mariam mengucap syahadah. Terharu melihat kondisi cermin mata Mariam, malah warganet prihatin terhadap keadaan sekeliling mariam” kata Khan.
“Selamat datang, Allahuakbar, moga ALLAH berkati perjalanan kamu. Kesihatan Mariam kini menjadi salah satu tarikan untuk warga net mendekatinya dan mendoakan Mariam sentiasa sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Teaser’ Video Lagu Ke-2 Raih Lebih 7 Juta Tontonan, Adele Nampak Lebih Langsing! Inilah Rahsianya!
Isi Kandungan
ToggleJika anda peminat tegar artis dari negara United Kingdom ini, artikel ini khas untuk anda! Pelantun lagu Easy On Me, Adele, 33, bakal mengeluarkan muzik video untuk lagu keduanya dalam album 30 iaitu, Oh My God. Muzik video Lagu yang berentak pop itu bakal menemui peminat pada 12 Januari 2022 nanti.
Apa yang menjadi perbualan ramai ialah apabila Adele tampak lebih langsing dalam muzik video ini! Jadi apakah rahsia disebaliknya? Ayuh kita rungkaikan..
Adele tampak lebih langsing, inilah rahsianya!
Ramai yang terkejut dengan penampilan Adele selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan! Lebih kurus dan menawan! Berjaya menurunkan sebanyak 100 paun selama 2 tahun, akhirnya penyanyi ini berkongsi rahsia saat ditemu-ramah oleh majalah Vogue dan juga Oprah Winfrey.
Menurutnya, sepanjang waktu Covid-19 melanda, dia banyak menghabiskan masa bersenam selama 3 kali sehari. Kebiasannya, dia akan melakukan ‘weight lifting’ pada waktu pagi dan akan melakukan aktiviti mendaki pada waktu tengah hari. Untuk melengkapkan rutin senamannya, Adele akan melakukan senaman kardio di waktu malam. Tambahnya lagi, jurulatih Greg Miele dari Heart & Hustle Gym membantunya sepanjang proses menurunkan berat badannya.
Dalam temubualnya bersama pengacara popular, Oprah Winfrey, dia juga turut berkongsikan tentang senaman ‘deadlifting’ yang bermula dengan 10 pound sehinggalah dia mampu melakukan sebanyak 170 pound! Hebatnya! Adele juga turut mengatakan bahawa dia tidak berdiet kerana labih banyak dia melakukan senaman, lebih banyak pengambilan makanan yang akan diambil untuk memastikan keseimbangan dalam proses penurunan berat badannya!
Adele lebih yakin dan positif terhadap tubuh badannya
Antara sebab penyanyi ini tidak berkongsikan tentang proses menurunkan berat badannya adalah kerana ia bersifat peribadi. Menurutnya, dia melakukan proses ini kerana kesedaran itu hadir dalam dirinya. Oleh itu, baginya dia tidak perlu berkongsikan tentang perjalanan penurunan berat badannya ini.
Namun, oleh kerana ramai yang ingin tahu tentangnya, dia merelakan hati untuk berkongsikan tentangnya kerana dia sendiri sudah berasa yakin dan positif terhadap dirinya.
Muzik video ‘Oh My God’ bakal menemui peminat!
Video ‘teaser’ yang berdurasi 15 saat itu yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menjadi perhatian ramai terutamanya peminat Adele sendiri. Mudah seperti memetik jari, video itu mendapat lebih 2 juta tontonan dalam masa tidak kurang satu jam! Berkonsepkan hitam putih dan penuh elemen misteri, Adele kelihatan anggun dan ‘mewah’ berdiri tegak di dalam video pendek itu. Pastinya ramai yang tidak sabar dengan kejutan yang bakal dilakukan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You.
Pastinya ia bikin ramai menjadi teruja dengan buah tangan terbaru dari penyanyi itu. Ramai yang memberi komen tentang kegembiraan mereka apabila Adele memulakan diari tahun baru 2022 ini dengan sebuah muzik video yang sungguh berbeza!
Rehat & mulakan semula! Rasa teruja untuk memulakan tahun 2022 ini, banyak perkara yang bakal tiba, saya sungguh teruja untuk anda saksikan!
Oh My God merupakan ‘single’ keduanya dalam album terbaru, 30 dan merupakan salah satu karyanya yang berjaya mengungguli tempat pertama dalam setiap carta di Amerika Syarikat juga di beberapa negara luar selepas ‘single’ pertamanya Easy On Me.
Adele melancarkan album 30 pada November lepas selepas 5 tahun menyepi dari industri muzik. Seperti yang sudah dijangkakan, ‘comeback album’nya ini mendominasi banyak carta di seluruh dunia menjadikan ia sebagai sebuah album paling tinggi purata jualan di United Kingdom pada tahun 2021. Tidak sampai enam minggu, album 30 sudah mampu terjual sebanyak 60,000 salinan di United Kingdom.
Album yang diinspirasikan daripada kisah hubungannya bersama bekas suami, Simon Konecki sarat dengan lirik yang cukup bermakna serta mempunyai mesej terindah untuk anaknya, Angelo. Selain lagu Oh My God, beberapa lagu lain dalam album ini turut menjadi pujaan ramai seperti Hold On, Love Is A Game dan I Drink Wine.
Sumber gambar: Instagram Adele
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI