Ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apabila telah tiba saatnya, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. Kita harus bersedia kerana bila-bila masa sahaja Allah akan menjmeput kita ‘pulang’ ke alam yang abadi.

Ikuti perkongsian Najmi Farisham

Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.

Baiklah, begini kawan.

Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Adakah Boleh Titip Doa Kepada Jemaah Haji Atau Umrah? Apakah Hukumnya?

“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”

IKLAN

Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.

Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.

IKLAN

Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.

“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”

Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan. Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Tunai Umrah Tanpa Suami, Wanita ‘Terkejut’ Allah Hadirkan Kelibat Suami Di Sisi Ketika Berswafoto…

58 Janazahs today in Masjid Al Haram after Fajr Salaah

Posted by Haramain on Friday, 16 August 2019

Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Sumber kredit: Najmi Farisham dan Haramain

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI