Awal bersyukur sejak dia dan isteri balik mengerjakan ibadah umrah, menerima tawaran menjadi pengacara bersama rancangan islamik, secara tidak langsung penampilan Scha menjadi bualan ramai.
Baru sahaja tular 12 gaya skarf Scha Al Yahya di twiter, kini ramai tak keruan melihat penampilan berhijab Isteri kepada pengacara popular Awal Ashaari. Melalui hantaran di Instagram selebriti dan pempengaruh fesyen, Scha mengayakan hijab bagi menjayakan kempen koleksi raya bersama jenama hijab tempatan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak Balik Dari Umrah, Pemikiran Saya Lebih Terarah Kepada Hubungan Dengan Allah” Akui Awal…
Dia merupakan ikon fesyen tanah air, menjadi sumber rujukan para selebriti malah peminat setia juga kelompok fesyen. Scha bijak mengolahkan gaya peribadi dengan setiap padanan yang diperagakan. Tidak mustahil bergaya dengan setiap helaian hijab membuat ramai tak boleh ‘move on’.
Namun ramai yang bertanya adakah ikon fesyen ini sudah berhijab? Bertemu dengan Awal Ashaari suami kepada si jelita ini mengulas tentang penampilan Scha berhijab. Akuinya lagi sejak balik dari umrah isterinya lebih terbuka menerima tawaran menjadi model berhijab walaupun sebelum ini ada tawaran yang datang.
“Tak tahulah sebelum ini, banyak individu yang approach untuk menjadi model tudung, tapi dia sering kata belum lagi dan mungkin juga belum bersedia. Tapi alhamdulilah selepas balik Umrah, dia terus terbuka untuk menerima tawaran sebegini dan ada juga sedikit perubahan untuk dia juga.”
“Ada juga saya mengusik isteri, you dah ke arah itu ke? Dia tidak pula menidakan dan tidak pula mengiyakan tapi Awal rasa dia lebih selesa,” kongsinya lagi.
Sekiranya suatu hari Scha berhasrat mengenakan hijab, Awal sebagai suami akan menyokong seratus peratus dan sentiasa berada di belakangnya. Memakai hijab adalah keputusan yang sangat besar, Awal mengharapkan keputusan yang dibuat datang dari dalam diri agar isterinya tetap istiqamah.
“Awal tak nak paksa, bila masanya sudah tiba you buat then you buat. Sebab ini adalah satu komitmen dan hijrah yang besar dan kita apabila berhijrah biarlah kekal.”
Tambahnya lagi dia enggan melihat hijrah itu bersifat sementara di mana banyak fenomena yang berlaku sekarang. Bila dah berhijrah rasa belum bersedia untuk teruskan hijrah.
“Awal selalu cakap dengan dia, everything ready dan you rasa betul-betul dah selesa dan saya tidak ada apa halangan cuma lebih mahu support,” Ujar Awal.
ARTIKEL BERKAITAN: Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Selamat Tiba Di Mekah, Tunaikan Ibadah Umrah
Setiap pujian yang diterima Awal terima baik dan sebagai suami dia mendoakan dan keputusan terletak pada tangan Scha. Sebagai suami pasti mahukan isteri ke arah kebaikan dan dia tidak meletakkan syarat memandangkan keputusan ini adalah keputusan yang besar.
“Tidak dinafikan bila pakai hijab, nampak lebih manis, ayu dan sebagainya. Awal mahu apa yang dilakukan atas sebab tekanan atau pujian mahupun tawaran yang datang. Apa yang penting baiki hubungan kita dengan Allah, insyallah benda itu akan datang pada kita,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.