Ini Rupanya Rahsia Cantik & Aktif Neelofa, Tolak Minum Kopi Tapi Penggemar Tegar Frappucino Chocolate Chip

Share

Populariti pelakon, pengacara dan juga usahawan, Neelofa memang tidak dapat disangkal. Malah apa saja yang dilakukan pastinya jadi perhatian. Bukan sahaja cantik tetapi bijak seiring dengan kejayaan demi kejayaan dikecapi. Selain tidak mudah kenal putus asa dan sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja, Neelofa juga turut mementingkan penjagaan diri serta cara pemakanannya. Mengakui tidak menggemari kopi tetapi amat gemar menikmati minuman Frappucino Chocolate Chip di Starbucks. Dan mungkin ini salah satu rahsia kekal cantik, sihat, aktif, dan bertenaga selebriti ini.

Beliau yang ditemui ketika majlis Kempen Khidmat Masyarakat bersama Starbucks berkata memang Starbucks menjadi pilihannya kerana banyak pilihan makanan dan minuman. Tetapi bukan untuk minum kopi sebaliknya dia lebih senang memilih minuman yang menjadi kegemarannya itu sejak dulu.

“Saya paling suka Frappucino Chocolate Chip dan boleh skip my meal untuk menikmati minuman ini.

“Tetapi untuk projek ini, apabila mereka tanya apa minuman saya suka. Dan saya katakan sesuatu yang similar seperti slurpee atau juicer yang sesuai dengan musim panas sekarang.  Dan daripada situ terhasilnya dua air yang berbeza,” ujar Neelofa ketika ditemui di majlis berkenaan.

Selain itu dia yang turut menjadi Barista kelmarin berkata cukup teruja untuk menyertai projek CSR ini.

Dalam kempen itu menurut Neelofa bagi setiap pembelian minuman Apricot And Peach Yoghurt Frappuccino atau Ruby Grape Frappuccino, 50 sen dari harga minuman akan didermakan pada badan kebajikan yang akan dipilihnya nanti.

Dia yang lengkap berpakaian seperti Barista ternyata mendapat sambutan menggalakkan dari peminatnya yang tidak lepaskan peluang untuk membeli air berkenaan. Malah netizen turut memuji kecantikannyanya dalam pakaian berkenaan.

Bagi figura berusia 29 tahun ini tetap kelihatan cantik walaupun dalam pakaian apron hijau berkenaan. Malah dia juga antara yang dikenali sebagai seorang selebriti yang bijak bergaya terutama dengan jenama barangan mewah.

Menurut Neelofa dalam hal ini dia tidak pernah mengajar dirinya untuk membeli barangan tiruan dan sentiasa menjadikan barangan idaman satu inspirasi untuk mendapatkannya.

“Dulu masa saya tidak ada duit, saya tak beli dan simpan duit untuk beli. Malah saya sentiasa jadikan barangan yang diidakan sebagai satu inspirasi bahawa satu hari nanti saya boleh beli tanpa fikirkan apa-apa,” katanya berhubung isu berkenaan beberapa artis dan instafamous yang menggunakan barang jenama tiruan.

Walaupun kurang bersetuju dengan tindakan pemilik akaun instagram berkenaan kerana dianggap kasar, tetapi dia bagaimanapun melihat sudah tiba masanya masyarakat menukar cara pemikiran mereka.

“Memang cara mendedahkan itu agak kasar kerana ia memalukan, mengaibkan si pengguna. Tetapi sudah tiba masanya masyarakat kena tukar cara pemikiran.

“Bagi saya kalau anda teringin beli atau pakai barangan berjenama tetapi tidak mampu, jadikan ia sebagai target, kumpul duit dan beli. Bukan guna alasan tak mampu dan beli barangan tiruan atau gred A, gred B dan sebagainya,” tambah usahawan muda ini yang turut berdepan dengan masalah di mana jenama Naelofar Hijab turut betdepan dengan masalah tiruan ini.

Menurutnya mereka masih berdepan masalah ini dan tidak dinafikan berasa sakit hati. Namun ini Naelofae Hijab keluarkan pelbagai koleksi dan mereka (pengeluar tiruan) tidak sempat untuk kejar pengeluaran terkini.

Namun tambahnya lagi, yang salah tetap salah dan beli benda palsu itu adalah perkara yang salah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA

 

 

Published by
Siti Zurina