Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu kongsi manfaat dengan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten pasti anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan.
Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?
Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.
Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.
Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Datin Seri Shahida Amal Makan Ulam Untuk Kekal Cantik